Tottenham kekalkan Maddison di EPL

Tottenham kekalkan Maddison di EPL

Tottenham kekalkan Maddison di EPL
James Maddison memperagakan jersi kelab baharunya Tottenham Hotspur selepas melengkapkan perpindahan ke London. – Foto tottenhamhotspur.com

LONDON: Tottenham Hotspur melengkapkan pembelian pemain tengah kreatif James Maddison dari kelab yang tersingkir Leicester City dengan perjanjian bernilai £40 juta (RM236 juta) termasuk bayaran tambahan.

Pemain kebangsaan England berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun.

Maddison memulakan kariernya bersama Coventry City sebelum menyertai Norwich City pada Januari 2016.



Dia berpindah ke Leicester pada 2018 dan dalam tempoh lima musim melakukan 203 penampilan, menjaringkan 55 gol serta membantu mereka memenangi Piala FA.

Dia menjaringkan 10 gol musim lalu ketika Leicester tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris. Dia beraksi tiga kali bersama England.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




Kreativiti Maddison akan memantapkan skuad Spurs yang kekurangan pemain sepertinya sejak Christian Eriksen meninggalkan kelab itu pada 2020.

Tottenham kekalkan Maddison di EPL
Kapten Tottenham Hotspur, Harry Kane menjadi buruan kelab gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich. – Foto AFP

Dia menjadi pembelian ketiga kelab itu pada musim panas ini. Status pinjaman pemain sayap Dejan Kulusevski dari Juventus diubah kepada tetap dan penjaga gol Guglielmo Vicario menyertai kelab itu dari satu lagi kelab Itali, Empoli.

Spekulasi masih berterusan mengenai bintang serangan Tottenham, Harry Kane yang memasuki tahun terakhir kontraknya.

Bayern Munich bersetuju dengan terma peribadi bersama kapten England itu, lapor akhbar harian Jerman Bild pada Rabu tetapi tawaran awal 70 juta euro (RM357 juta) ditolak oleh Tottenham.



Kem Kane dipercayai meluluskan perpindahan itu, tetapi Bayern perlu memuktamadkan bayaran bersama Tottenham untuk melengkapkan perpindahan.

Bayern menawarkan 70 juta euro termasuk tambahan buat Kane, menurut Bild, manakala Spurs meminta sekurang-kurangnya 100 juta euro (RM510 juta) terhadap penyerang keramat mereka itu. – AFP

Tottenham kekalkan Maddison di EPL


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading