Agong harap Malaysia-Arab Saudi tingkatkan hubungan dua hala, perpaduan ummah
Agong harap Malaysia-Arab Saudi tingkatkan hubungan dua hala, perpaduan ummah
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Arab Saudi dapat mempertingkat serta mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan perpaduan ummah.
Seri Paduka Baginda menzahirkan harapannya selepas berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Mina.
Turut berangkat sama dalam majlis yang diadakan semalam itu adalah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Di dalam majlis yang berlangsung selama satu jam itu, Seri Paduka Baginda berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Putera Mohammed dalam pelbagai perkara termasuk hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Mulia Putera Mohammed atas persiapan rapi dan kejayaan Kerajaan Arab Saudi menerima dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini, jumlah terbesar semenjak Covid-19.
“Pertemuan itu juga adalah merupakan manifestasi hubungan akrab antara kedua-dua negara,” menurut sebuah hantaran di Facebook Istana Negara. – UTUSAN
Agong harap Malaysia-Arab Saudi tingkatkan hubungan dua hala, perpaduan ummah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib