Lagi kepala tikus ditemukan dalam makanan

Lagi kepala tikus ditemukan dalam makanan

Lagi kepala tikus ditemukan dalam makanan
GAMBAR hiasan. – AGENSI

BEIJING: Satu objek pelik didakwa kelihatan seperti kepala tikus ditemukan dalam bekal makanan tengahari di sebuah kafeteria di China.

Ini merupakan kejadian kedua berlaku dalam tempoh sebulan.

Penemuan itu secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan dan perbincangan hangat berhubung keselamatan makanan di negara itu.



Media kerajaan memetik kenyataan biro kawal selia pasaran daerah Xiushan di bandar Chongqing sebagai berkata, kepala tikus itu ditemukan dalam bekal makanan di sebuah kafetaria hospital perubatan tradisional Cina di daerah itu.

Menurut laporan China Daily, sebuah video dimuat naik di media sosial menunjukkan kepala tikus ditemukan dalam hidangan istimewa tempatan moyuya atau itik direbus dengan konjac.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




Media tempatan melaporkan pihak pengurusan hospital mendakwa katering kantin diberi secara outsource (sumber luar) kepada pembekal pihak ketiga melalui bidaan kerajaan.

Malah, tegasnya, pihaknya tidak pernah menghadapi isu sedemikian sebelum ini.

Seorang pegawai hospital yang tidak mahu namanya didedahkan meminta Reuters merujuk kepada `laporan rasmi’, tanpa mengulas lebih lanjut.

Ia merupakan kali kedua kepala tikus dijumpai dalam hidangan sewaktu makan di kafetaria pada bulan ini.



Pada awal bulan ini, seorang pelajar di Kolej Teknikal Vokasional Perdagangan Industri Jiangxi di Nanchang memuat naik video memaparkan `objek pelik bergigi, mata dan hidung’ dalam hidangan nasi di kafetaria kolejnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN


Pihak pengurusan kolej gagal dihubungi untuk mengulas mengenai rakaman yang tular itu.



Dua insiden tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial terhadap keselamatan makanan di republik itu.

“Mulai sekarang, semua kafetaria harus memasang kamera dan menyiarkan rakaman video pengawasan di ruang makan,” kata seorang warganet di laman Weibo.

Tahun lalu, Pentadbiran Kawal Selia Pasaran memaklumkan sebanyak 518,600 kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) keselamatan makanan disiasat dan ditangani di seluruh negara. – REUTERS

Lagi kepala tikus ditemukan dalam makanan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading