Setel tampil tawar manfaat tambahan

Setel tampil tawar manfaat tambahan

Setel tampil tawar manfaat tambahan
PENGUMUMAN Setel sebagai penyedia perkhidmatan e-Dompet eBeliaRahmah mendapat sambutan daripada orang ramai.

SETEL, platform mudah alih teknologi kewangan (fintech) di bawah Petronas Dagangan Bhd dipilih sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-dompet untuk program eBeliaRahmah.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, pengumuman Setel sebagai penyedia perkhidmatan e-Dompet eBeliaRahmah mendapat sambutan daripada orang ramai.

“Kami teruja untuk mengumumkan manfaat tambahan yang ditawarkan oleh Setel selari dengan objektif utama inisiatif ini untuk memenuhi keperluan harian individu muda sambil memacu perkembangan ekonomi bagi perniagaan tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Belia yang layak perlu memuat turun atau mengemas kini kepada versi terkini aplikasi Setel dan melengkapkan pengesahan akaun melalui e-KYC.



Ia boleh digunakan untuk pembelian di mana-mana kedai runcit yang menerima kod QR Setel dan DuitNow, dan di stesen Petronas di seluruh negara, serta perlu digunakan sebelum 31 Ogos 2023.



Setel adalah platform mudah alih bertujuan mempermudahkan urusan pelanggan dengan aplikasi sebagai platform memudahkan urusan pengguna.

Antaranya untuk pengisian petrol, parkir kenderaan, pengecasan EV (kenderaan elektrik), pembelian takaful atau insurans kenderaan, pembaharuan cukai jalan, bantuan auto 24/7, pembelian melalui e-dompet, serta pelbagai lagi berkaitan ekosistem stesen minyak Petronas, rakan kongsi runcit dan peniaga dalam talian.

Aplikasi ini juga menyediakan pulangan tunai tambahan sehingga RM105 apabila pengguna berbelanja di 1.6 juta kedai runcit di seluruh negara, di lebih 1,000 stesen Petronas, di cawangan Cafe Mesra serta pembelian dalam talian di Petronas Shop.

Selain itu, ia menawarkan promosi selamat datang bernilai RM10 untuk semua pengguna baharu.



Pengguna juga berpeluang memperoleh baucar daripada rakan niaga Setel dengan pembelian minimum RM5 di mana-mana kedai yang menerima Setel QR atau DuitNow QR.

Mereka boleh menebus eBaucar ini dalam bahagian Tawaran pada tab Ganjaran di aplikasi Setel untuk pembayaran seterusnya.

Setel tampil tawar manfaat tambahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button