Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan hingga 19 Julai

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan hingga 19 Julai

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan hingga 19 Julai
Bot berkuasa tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), berada di perairan pantai timur Sabah. – Foto BH/IZHARI ARIFFIN

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 19 Julai 2023.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata perintah berkurung itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar di antara 6 petang hingga 6 pagi.



“Perintah ini diteruskan bagi memastikan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan,” katanya hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




Jauteh berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan penduduk Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Katanya, ini juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu,” katanya.

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan hingga 19 Julai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button