Lebih 90,000 individu ditahan kesalahan dadah sejak Januari

Lebih 90,000 individu ditahan kesalahan dadah sejak Januari

Lebih 90,000 individu ditahan kesalahan dadah sejak Januari

KUALA LUMPUR: Seramai 92,257 individu termasuk 287 penjawat awam ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini atas pelbagai kesalahan membabitkan dadah.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata daripada jumlah itu, seramai 298 individu termasuk empat penjawat awam ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985



Beliau berkata, selebihnya ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 serta Akta Penagih Dadah (R&P) 1983, manakala 38,064 kertas siasatan dibuka dengan 35,058 kes sudah dituduh di mahkamah.

“Dalam tempoh itu juga 185 sindiket dadah berjaya ditumpaskan dengan lapan buah makmal dadah haram dibongkar membabitkan tangkapan enam ahli kimia.

“Bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah ini, pelbagai aset sindiket dadah yang bernilai RM55.9 juta telah disita, manakala RM5.3 juta nilai harta telah dilucut hak,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook JSJN malam ini.

Mohd Kamarudin berkata, JSJN juga merampas 10,016 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah, 1,604 liter cecair pelbagai jenis dadah, 41,431 kg daun ketum, 27,213 liter air ketum dan 20 batang pokok ganja dianggarkan bernilai RM286 juta.



Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan mereka untuk menyalurkannya ke Hotline JSJN di talian 012-2087222.

– BERNAMA

Lebih 90,000 individu ditahan kesalahan dadah sejak Januari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading