Hakim main TikTok kena siasat

Hakim main TikTok kena siasat

Hakim main TikTok kena siasat
Gary disiasat kerana video tidak senonoh di TikTok. FOTO Agensi.

Washington: Seorang hakim di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) disiasat kerana gemar memuat naik video rap tidak senonoh di TikTok termasuk ketika berada di mahkamah dan bilik tidur.

Pengadu menggunakan nama samaran Sal Tortorella mendakwa, Hakim Mahkamah Bergen, Gary Wilcox memuat naik 40 video tontonan umum antara April 2021 dan Mac 2023, termasuk sebahagiannya mempunyai lirik kotor dan merujuk kepada keganasan, seks dan misogyny.

“Dalam satu rakaman, Wilcox menghamburkan lirik kurang senonoh daripada lagu Rihanna dan dalam video lain, dia memakai sut dan bertali leher, bergambar di hadapan buku guaman sambil lip-syncs petikan ayat (tidak senonoh),” menurut aduan daripada Jawatankuasa Penasihat Mahkamah Agung Negeri mengenai Kelakuan Kehakiman.



Wilcox, 58, turut merakam dirinya menayang wang dan berpura-pura membakarnya ketika menyanyikan lagi hit Miguel, Sure Thing.

Akaun TikToknya yang sudah dibuang, didakwa turut menunjukkan dia dalam pakaian bukan kehakiman, iaitu baju-T Beavis dan Butt-Head ketika berjalan di mahkamah dengan lagu Nas, Get Down.

Hakim berkelulusan Universiti Harvard itu kini dalam siasatan selepas aduan lima muka surat mengenai kelakuannya difailkan Jumaat lalu.

Hakim main TikTok kena siasat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Akan korbankan Sanusi demi Mahathir?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading