Lotus’s labur RM50 juta sedia barangan harga rendah

Lotus’s labur RM50 juta sedia barangan harga rendah

Lotus's labur RM50 juta sedia barangan harga rendah
Pasar raya Lotus’s Malaysia menawarkan pelbagai barangan keperluan pada harga renda

Kuala Lumpur: Bagi membantu belanjawan isi rumah di Malaysia melangkah lebih jauh, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melabur RM50 juta untuk membuat potongan harga pada lebih 3,500 produk runcit berjenama dan jenama Lotus’s.

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah berkata, pihaknya memahami bahawa ramai rakyat Malaysia bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

“Pelanggan mencari kestabilan harga selain mahukan harga barangan segar dan runcit yang lebih murah.



“Kami ingin membantu pelanggan dan komuniti kami meningkatkan simpanan, menguruskan belanjawan mereka dengan lebih baik dan mengurangkan kesan inflasi dengan memberi mereka keyakinan bahawa mereka masih dapat membeli produk kesukaan dengan memperkenalkan harga rendah setiap hari pada diskaun purata hingga 37 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Lotus's labur RM50 juta sedia barangan harga rendah
Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah.

Senarai produk #LotussLebihMurah merangkumi pelbagai barangan kegemaran isi rumah di Malaysia antaranya beras, pasta, minyak masak, mi segera, sardin, rempah hinggalah susu formula dan makanan haiwan.

Menurutnya, pelanggan dapat menikmati harga yang lebih murah ini ketika mereka berbelanja di kesemua 66 stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online dan kedai rasmi Lotus’s di Lazada, Shopee, foodpanda dan Grab.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pelanggan Lotus’s Malaysia, Vivian Yap berkata, untuk untuk ahli My Lotus’s, mereka dapat berjimat dengan lebih banyak lagi apabila mereka menggunakan mata ganjaran Lotus’s ketika membuat pembayaran.



“Ahli boleh mengumpul mata ganjaran ketika mereka membeli-belah dan menggunakannya untuk membayar barangan runcit, bila-bila masa di stor atau dalam talian dan secara tidak langsung membantu mengurangkan bil runcit mereka,” katanya.

Katanya, Lotus’s telah memperkenalkan promosi penurunan harga yang lain seperti Segar & Murah yang menawarkan pilihan produk segar pada harga lebih rendah dan pembelian dengan pembelian (PWP) pada Jun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN




“Bagi keluarga yang ingin mencari alternatif lebih murah, Lotus’s Malaysia menawarkan lebih 3,000 produk jenama Lotus’s di stor dan dalam talian,” katanya.

Menurutnya, kesemua 59 medan selera Lotus’s di seluruh negara akan terus menawarkan Menu Rahmah dengan harga RM5 untuk pelanggan dan keluarga yang mengunjungi stornya.

“Kami akan segera memperluaskan inisiatif Rahmah mereka dengan memberikan potongan sebanyak 10 peratus untuk bahan utama kepada pengusaha makanan yang menawarkan Menu Rahmah,” katanya.

Lotus’s labur RM50 juta sedia barangan harga rendah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button