Selasa mungkin hari paling panas dunia

Selasa mungkin hari paling panas dunia

Selasa mungkin hari paling panas dunia
BUDAK lelaki menyejukkan diri di air pancut di tengah Seoul, pada 19 Jun lalu. FOTO AFP

Paris: Cuaca pada Selasa adalah yang paling panas pernah direkodkan dengan suhu purata global melonjak ke paras tertinggi untuk hari kedua berturut-turut.

Ia berdasarkan bacaan awal oleh pakar meteorologi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Rabu.

Purata suhu udara harian di permukaan Bumi mencecah 17.18 darjah Celsius, menurut data yang dikumpul oleh organisasi yang dilampirkan kepada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) AS.

Ia jauh melebihi rekod suhu hari sebelumnya (pada Isnin), tanda baharu kesan perubahan iklim yang didorong oleh pembakaran bahan api fosil.



Menurut data dari Pusat Ramalan Alam Sekitar Kebangsaan NOAA, purata suhu global mencecah 17 darjah Celsius buat kali pertama pada Isnin. Suhu yang direkodkan adalah sejak 1979.

Sebagai perbandingan, purata suhu udara dunia, yang turun naik antara 12 Celsius dan hanya di bawah 17 Celsius pada mana-mana hari tertentu sepanjang tahun, adalah pada purata 16.2 darjah untuk awal Julai dari 1979 hingga 2000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN




Rekod yang dilaporkan ini masih belum disokong oleh ukuran lain, tetapi mungkin boleh diatasi apabila musim panas di Hemisfera Utara, bermula.

Unit pemantauan iklim Kesatuan Eropah (EU), Copernicus dalam satu kenyataan kepada AFP pada Rabu mengesahkan Isnin adalah hari paling panas dalam rekod datanya sejak 1940.

Bagaimanapun, belum pada pengesahan data untuk rekod pada Selasa.

Suhu berkemungkinan meningkat lebih jauh melebihi purata sejarah pada tahun hadapan dengan fenomena cuaca El Nino di Lautan Pasifik. Fenomena itu disahkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia, sudah bermula.



Selain itu, aktiviti manusia – terutamanya pembakaran bahan api fosil – terus memancarkan kira-kira 40 bilion tan karbon dioksida yang ‘memanaskan planet’.

AFP

Selasa mungkin hari paling panas dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading