Enrique sah dilantik pengurus baharu PSG
Enrique sah dilantik pengurus baharu PSG
PARIS – Pasukan Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan kehadiran pengendali import dari Sepanyol, Luis Enrique selaku ketua jurulatih baharu selepas menandatangani kontrak rasmi selama dua tahun sehingga penghujung musim 2025.
Kehadiran Enrique bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pengendali tempatan, Christophe Galtier yang dipecat selepas gagal membantu pasukan mencapai prestasi yang diharapkan pada kempen tahun lalu.
Sebagai rekod, Galtier hanya mampu membantu PSG mengekalkan kejuaraan Ligue 1 tetapi sasaran utama pihak pengurusan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tidak kesampaian selepas tersingkir seawal pusingan 16 terbaik.
Kini, Enrique diberikan peranan untuk memastikan penantian PSG untuk menjulang trofi UCL pertama dalam sejarah mereka menjadi realiti selepas memiliki pengalaman ketika bersama Barcelona sebelum ini.
Enrique mengakui tanggungjawab tersebut agak berat tetapi memberi jaminan bahawa pasukan dapat mempamerkan corak permainan lebih progresif pada saingan musim depan dengan memburu trofi yang ditawarkan.
“Saya sangat gembira apabila ditawarkan kontrak kerja bersama PSG dan sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik buat penyokong kami.
“Pengalaman untuk bekerja di bandaraya ini sukar untuk ditolak terutama kehadiran pemain-pemain berkualiti,” katanya.
Enrique sememangnya dianggap pakar taktikal terutama dalam penguasaan bola ketika membimbing Barcelona dan skuad kebangsaaan Sepanyol sebelum ini.
Namanya juga telah disenarai pendek untuk menjadi pengurus pasukan Chelsea dan Tottenham Hotspur baru-baru ini. – AGENSI
Enrique sah dilantik pengurus baharu PSG
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO
- Demi Survivor UMNO, Penyokong DS Najib Mesti Sokong Kerajaan Perpaduan
- Adakah Sanusi Ada Cita Cita Tinggi Untuk Kepimpinan Tertinggi PAS?