Piala Sultan Azlan Shah dianjurkan awal tahun depan

Piala Sultan Azlan Shah dianjurkan awal tahun depan

Piala Sultan Azlan Shah dianjurkan awal tahun depan
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Shah (tengah) berkenan menerima menghadap Subahan (kiri) dan Sayuti (kanan) di Istana Hinggap Perak, Kuala Lumpur hari ini. – MHC

PETALING JAYA – Saingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) edisi ke-30 tidak akan dianjurkan tahun ini selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan penganjuran itu diadakan awal tahun depan.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu selepas Sultan Perak menerima kunjungan hormat Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal dan Presiden Persatuan Hoki Perak, Mohd. Sayuti Abd. Saat.

Sebagai rekod, edisi ke-29 yang diadakan di Ipoh, Perak tahun lalu menyaksikan skuad hoki negara atau lebih dikenali sebagai Speedy Tigers muncul juara buat kali pertama dalam sejarah penganjuran PSAS.



Skuad bimbingan A. Arul Selvaraj ketika itu berjaya menumbangkan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung penuh dramatik di Stadium Hoki Azlan Shah pada 10 November tahun lalu.

Menariknya, sesi menghadap di Istana Hinggap Perak, Kuala Lumpur hari ini itu turut membincangkan penganjuran Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsan Piala Sultan Nazrin Shah 2023 (lelaki) dan Piala Tuanku Zara 2023 (wanita).

Difahamkan, ini adalah kali pertama Malaysia bakal menganjurkan kejohanan berprestij antarabangsa untuk acara hoki dalam dewan yang akan berlangsung di Ipoh, Perak pada November depan. – KOSMO! ONLINE

Piala Sultan Azlan Shah dianjurkan awal tahun depan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button