Jun Hao nekad atasi rakan karib

Jun Hao nekad atasi rakan karib

Jun Hao nekad atasi rakan karib
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao tidak hadapi masalah meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini. (FOTO: IHSAN BAM)

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao akan tentang habis-habisan untuk memburu tiket ke pentas final biarpun dijadual berdepan rakan baiknya sendiri, Lim Chi Wing pada pertembungan separuh akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023 esok.

Jun Hao menganggap Chi Wing bukan lawan yang mudah kerana mengakui rakannya itu sebagai pemain berpengalaman berikutan sebelum ini mereka berdua pernah menjalani latihan bersama-sama sejak kecil.

Bagaimanapun, Jun Hao beranggapan status tersebut tidak mengganggu fokusnya kerana sebaik memasuki ke gelanggang esok segalanya tampak berubah kerana dia akan memberikan sehabis baik kerana sedar hanya akan ada satu nama diumumkan sebagai pemenang.

“Bagi saya Chi Wing seorang pemain berpengalaman dan saya akui akan berdepan lawan yang sukar esok. Kami sebelum ini pernah berlatih sama-sama dahulu sebab sama-sama Kuala Lumpur dan juga merupakan kawan yang rapat yang saya kenal sejak berusia 9 tahun.

“Walaupun dekat luar kami kawan baik, tapi apabila dalam gelanggang hanya akan ada satu sahaja yang keluar sebagai pemenang. Apapun saya kena buat persiapan yang terbaik. Walaupun sebelum ini pernah lawan dia tapi itu semua sudah lama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO


“Jadi, esok saya perlu lakukan terbaik untuk memastikan tiket ke pentas final esok menjadi milik saya,” katanya sejurus berjaya mengatasi Lim Chong King dengan keputusan 21-19, 24-22 dalam tempoh 55 minit.

Pada saingan tersebut, pemain profesional negara, Chi Wing meneruskan aksi terbaik apabila menyingkirkan pemain kebangsaan, Aidil Sholeh Ali Sadikin hari ini.

Jun Hao nekad atasi rakan karib
Lim Chi Wing mengakui akan lakukan terbaik menjelang perlawanan esok biarpun sedar akan berdepan rakannya sendiri.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara, Chi Wing dilihat tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan Aidil Sholeh apabila mencatat kemenangan straight set 22-20,21-8 dalam aksi yang memakan masa 38 minit.

“Untuk perlawanan hari ini saya sudah membuat persiapan rapi dan sudah menjangka aksi hari ini akan sedikit letih sebab dia seorang pemain yang suka dengan permain secara rally. Apapun, kunci kemenangan hari ini mungkin saya berjaya mengawal tekanan berbanding lawan saya.

“Pada perlawanan kali ini, saya tidak fikir untuk menjadi juara kerana saya mahu menghadapi satu perlawanan demi satu perlawanan. Oleh itu, saya akan buat terbaik kerana selepas ini saya akan berdepan Chi Wing,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan. -KOSMO! ONLINE

Jun Hao nekad atasi rakan karib


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker