Prestasi pengeluaran, jualan Perodua meningkat

Prestasi pengeluaran, jualan Perodua meningkat

Prestasi pengeluaran, jualan Perodua meningkat
BEZZA menjadi model terlaris Perodua setakat tahun ini dengan jumlah yang didaftarkan antara Januari dan Jun adalah sebanyak 40,555 unit. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pengeluaran dan jualan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk separuh pertama 2023, masing-masing meningkat 17 peratus dan 13.6 peratus.

Dalam satu kenyataan, Perodua berkata, pengeluaran syarikat meningkat kepada 153,813 kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama 2023 berbanding 131,641 unit dalam tempoh sama pada 2022.

Pencapaian pengeluaran itu meningkat 13.6 peratus kepada 144,690 kenderaan bagi separuh pertama 2023 berbanding 127,343 unit yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu.



Bezza menjadi model terlaris Perodua setakat tahun ini dengan jumlah yang didaftarkan antara Januari dan Jun adalah sebanyak 40,555 unit, diikuti Perodua Myvi sebanyak 32,319 unit dan Perodua Axia (28,199 unit).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, prestasi pengeluaran dan jualan yang lebih tinggi pada separuh pertama 2023 disumbangkan oleh bekalan komponen yang mencukupi serta peningkatan kecekapan pengeluaran di kilang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO


“Perodua bersedia untuk memenuhi kedua-dua sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 dan jualan 314,000 yang ditetapkan untuk tahun ini kerana kami akan menambah baik lagi kecekapan operasi.

“Antara penambahbaikan ketara yang kami lakukan termasuk catatan ‘tact time’ yang lebih pantas (masa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah kenderaan) daripada 1.35 minit kepada 1.25 minit di kilang Perodua Global Manufacturing (PGMSB) kami,” katanya.



Bagi perbandingan suku ke suku, Perodua mengeluarkan 69,013 kenderaan pada suku kedua 2023, peningkatan sebanyak satu peratus daripada 68,316 pada tempoh yang sama tahun lepas.

Sementara itu, Perodua merekodkan jualan 66,126 unit pada suku kedua 2023 berbanding 65,719 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bergerak ke hadapan, beliau berkata, Perodua menjangkakan kedua-dua pengeluaran dan jualan terus meningkat berikutan permintaan untuk kenderaan syarikat yang kekal kukuh.

Prestasi pengeluaran, jualan Perodua meningkat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker