PIL perluas pasaran ke Asia Tenggara

PIL perluas pasaran ke Asia Tenggara

PIL perluas pasaran ke Asia Tenggara
DARI kiri Duta Perancis ke Malaysia, Axel Cruau; Pengarah Jualan dan Pemasaran bioMerieux Malaysia, Francis Wong; Pengurus Kanan Operasi PIL Kam Teck Kuen dan Hareeff ketika memperkenalkan identiti baharu PIL.

PREMIER Integrated Labs (PIL), syarikat perkhidmatan makmal diagnostik komited memperluas pasarannya melangkaui sempadan pasaran Asia Tenggara menerusi penjenamaan dinamik dan inovatif.

Melalui identiti baru ini, PIL salah satu anak syarikat di bawah IHH Healthcare Berhad akan lebih berkembang dan mengukuhkan kedudukan pasarannya untuk mencapai matlamat sebagai penyedia perkhidmatan makmal diagnostik terkemuka di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PIL, Hareedd Muhammed berkata, penjenamaan itu bertujuan memberi laluan kepada Premier Integrated Labs untuk lebih terbuka merentasi sempadan perkhidmatan diagnostik ke arah perkhidmatan makmal lebih komprehensif.



Katanya, antara pelan strategik PIL adalah untuk menjadi perkhidmatan makmal rujukan yang lebih memfokuskan ujian diagnostik khusus seperti bidang diagnostik molekul, sitogenetik, jujukan genom, histologi dan kesihatan keluarga.

“Perkhidmatan khusus ini juga bukan sahaja ditawarkan dalam kalangan kumpulan hospital IHH Healthcare, tetapi juga akan diperluaskan melangkaui sempadan pasaran Asia Tenggara.

“Kesinambungan penjenamaan semula ini juga akan dapat mempelbagaikan perkhidmatan PIL seperti ujian analitikal kesihatan pekerjaan, kebersihan industri serta ujian makanan.

“Langkah ini perlu dalam melestarikan perkhidmatan makmal terbabit dalam ekosistem penjagaan kesihatan,” katanya.



PIL perluas pasaran ke Asia Tenggara

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading