Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam

Belajar sunah dan al-Quran… Terbuka terima lelaki Melayu

Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam

Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam
Shiela ada kriteria tertentu dalam memilih pasangan hidup.

SELAIN pernah bercinta dengan lelaki berbangsa Melayu, Inspektor Sheila mendedahkan dia turut mengambil mata pelajaran Tasawwur Islam pada zaman persekolahan bagi mempelajari agama berkenaan.

Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, memberitahu dia mendapat greb B subjek itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain pernah mempelajari serba sedikit tentang al-Quran dan sunah.

Disebabkan itu juga, Sheila yang berbangsa India terbuka menerima lelaki daripada latar belakang berbeza sebagai kekasih hati.



“Ketika tingkatan lima pun saya ambil mata pelajaran Tasawwur Islam untuk belajar tentang Islam malah saya dapat gred B dalam subjek itu. Saya juga tahu serba sedikit tentang al-Quran dan sunah,” katanya kepada mStar.


Sheila berkongsi perkara itu pada pertemuannya dengan usahawan dan pelakon, Iqbal Zulkefli diaturkan mStar.



Mereka digandinglan selepas Iqbal meluahkan hasrat untuk mengenali Sheila lebih rapat selepas dia menyifatkan wanita itu mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

Bercakap soal lelaki pilihannya, Sheila tanpa berselindung mengakui dia meletakkan tanda aras tinggi dalam memilih pasangan hidup.

Kata Sheila, sehingga kini dia masih belum bertemu seseorang yang menepati kriteria ditetapkan dan membuatnya gembira.

Saya pun tak sangka dapat berjumpa Iqbal. Bila bertemu, saya melihat dia seorang yang kacak

SHEILA SHARON

PEGAWAI POLIS

“Saya ada high expectation terhadap lelaki… seseorang itu mesti berkerjaya, bercita-cita tinggi, hormat ibu bapa dan arif tentang agama.



“Dalam kata lain kena lengkap ciri-ciri yang baik. Saya juga cuba untuk menjadi seorang wanita lebih baik dan bukan hanya mahu lelaki sempurna,” jelasnya.

Sementara itu mengulas tentang pertemuan bersama Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, Sheila tidak menyangka komen gurauan di media sosial akhirnya mereka dapat bertenang mata.



Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur IslamSheila sedia mengenali Iqbal lebih rapat.

Meskipun baru pertama kali bersua muka, Sheila berkata dia tidak kekok bersama Iqbal kerana usahawan itu seorang yang cepat mesra dan ramah.

“Saya pun tak sangka dapat berjumpa Iqbal. Bila bertemu, saya melihat dia seorang yang kacak, ramah dan ada sedikit sifat kebudak-budakan.

“Banyak lagi perkara yang saya mahu kenal tentang Iqbal. Mungkin kami boleh jadi rapat selepas ini,” jelasnya.



Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button