Bukan mudah untuk berhijrah – Arif Aiman

Bukan mudah untuk berhijrah – Arif Aiman

Bukan mudah untuk berhijrah – Arif Aiman
Arif Aiman kekal menjadi salah seorang pemain tunjang JDT musim ini. – Foto ihsan Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU – Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi bersedia melebarkan kariernya ke luar negara seandainya khidmatnya benar-benar diperlukan.

Pemain yang semakin menyinar itu bersama skuad Harimau Selatan itu merasakan dia belum cukup bagus untuk meninggalkan kelab pada ketika ini.

Walaupun ramai pemerhati bola sepak tempatan merasakan dia sudah cukup baik untuk beraksi di liga luar negara, pemain berusia 21 tahun enggan pujian melambung itu menjejas pertimbangannya mengenai perjalanan kariernya.



“Main di kelab luar negara bukanlah sesuatu yang mudah. Pada ketika ini, saya belum cukup bagus untuk bermain di Jepun atau Korea Selatan.

“Ingat senang nak main? Mentaliti mereka pun tak sama. Jadi, saya memang perlu kekal di sini dan tingkatkan lagi prestasi buat masa ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi




“Lagi pun, mereka bukannya benar-benar perlukan pemain kita. Kalau betul-betul, barulah pergi (berhijrah), kalau tak, saya kekal bersama JDT sahaja,” katanya pada sesi meet and greet sempena pelancaran JDT Fan Token baru-baru ini.

Arif Aiman berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan pelbagai pihak yang mengatakan bahawa pemain sayap itu perlu berhijrah ke Asia Barat, Jepun atau Korea Selatan bagi mengembangkan kariernya.

Ditanya oleh penyokong mengenai perlawanan akhir Piala FA berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Arif Aiman memberitahu, semua pemain enggan melepaskan piala tersebut yang dimenangi pada musim lalu.

Beliau berkata, kesemua pemain bersedia berjuang memastikan piala tersebut tidak terlepas daripada cengkaman Harimau Selatan. – KOSMO! ONLINE



Bukan mudah untuk berhijrah – Arif Aiman


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button