JEJAS KUASA BELI

JEJAS KUASA BELI

JEJAS KUASA BELI
INFLASI tinggi boleh menyukarkan kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Kuala Lumpur: Malaysia harus berhati-hati terhadap inflasi memandangkan inflasi teras masih tinggi malah lebih tinggi daripada biasa, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

“Inflasi tinggi boleh menyukarkan kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah sekali gus menjejaskan ekonomi.

“Inflasi tinggi menjejaskan kuasa beli bermakna apa yang anda boleh beli dengan RM100 sekarang, nilainya mungkin lebih rendah pada masa depan,” katanya dalam wawancara eksklusif pertama dengan media sejak dilantik sebagai Gabenor BNM pada 1 Julai 2023.

Abdul Rasheed memberitahu, inflasi tinggi turut menggunakan dana dalam simpanan.

“Selain itu, kenaikan harga tidak terkawal menyukarkan perniagaan merancang dan melabur. Ini menjejaskan potensi pertumbuhan dan prospek negara dan ia sesuatu yang kita mahu elakkan,” tegasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi


Pada Khamis, bank pusat itu berkata, kedua-dua inflasi keseluruhan dan inflasi teras diunjurkan menurun pada separuh kedua 2023.

Bagaimanapun, BNM berkata, walaupun inflasi teras menyederhana, ia kekal tinggi berbanding purata jangka panjang dalam persekitaran faktor permintaan dan kos berpanjangan.

Ketika sidang media pada Mei 2023 untuk mengumumkan prestasi suku pertama Malaysia, BNM menjangkakan inflasi keseluruhan dan teras kekal lebih tinggi pada 2023 daripada paras prapandemik dengan purata antara 2.8 peratus dan 3.8 peratus untuk sepanjang tahun tersebut.

Abdul Rasheed berkata, kejatuhan nilai ringgit baru-baru ini tidak memberikan gambaran tepat tentang asas ekonomi Malaysia.

Katanya, ekonomi Malaysia sangat berdaya tahan sepanjang tempoh pandemik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO


“Ringgit dinilai rendah dan ia seharusnya meningkat bagi mencerminkan asas ekonomi negara,” katanya.

Mengenai daya tahan ekonomi Malaysia, beliau berkata pertumbuhan 5.6 peratus pada suku pertama 2023 adalah antara tertinggi di rantau ini dan Malaysia terus mencatatkan lebihan akaun semasa.

Imbangan akaun semasa Malaysia merekodkan lebihan RM4.3 bilion atau 1.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2023.

“Melangkah ke hadapan, limpahan positif daripada pembukaan semula China dan prospek pertumbuhan ekonomi domestik sihat memberikan sokongan kepada ringgit,” katanya.

Abdul Rasheed berkata, keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM baru-baru ini untuk mengekalkan OPR pada 3.0 peratus adalah konsisten dengan mandat BNM untuk mengekalkan kestabilan harga bagi pertumbuhan ekonomi mampan di negara ini.

Katanya, berdasarkan data dibentangkan kepada MPC, ekonomi berkembang dengan stabil dan permintaan domestik kekal berdaya tahan, ia amat penting memandangkan permintaan luaran lebih perlahan.

“Selain itu, harga masih meningkat, tetapi berlaku pada kadar lebih perlahan. Ini menunjukkan kenaikan sebelum ini sebanyak 125 mata asas memberikan kesan positif kepada ekonomi dan membuahkan hasil.

JEJAS KUASA BELI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker