Malaysia kekal destinasi menarik untuk MNC

Malaysia kekal destinasi menarik untuk MNC

Malaysia kekal destinasi menarik untuk MNC
SULAIMAN. FOTO BERNAMA

Georgetown: Malaysia merupakan destinasi pelaburan yang menarik untuk syarikat multinasional (MNC) berikutan kelebihannya yang terserlah dalam rantaian bekalan pembuatan global, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Pengerusinya, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata MNC yang menyasarkan pengembangan di Asia, terutamanya, boleh memanfaatkan infrastruktur, rangkaian pengangkutan yang cekap dan keupayaan logistik Malaysia yang kukuh untuk mengoptimumkan rantaian bekalan dan membuka pasaran yang pelbagai.

“MNC perlu memanfaatkan lokasi strategik Malaysia yang menyediakan jaringan yang amat baik ke pasaran serantau dan global. Mereka perlu memanfaatkan kelebihan ini untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk operasi serantau atau global mereka.

“Dengan terlibat secara aktif dengan ramai pembekal, pengilang dan penyedia perkhidmatan tempatan, MNC mempunyai peluang untuk mewujudkan ekosistem yang kukuh untuk menyokong usaha mereka,” katanya kepada Bernama.

Sulaiman berkata Program Jalinan Industri sebagai antara inisiatif sedemikian yang menggalakkan kerjasama antara perusahaan besar serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi



Program selama sehari ini, yang diadakan di Pulau Pinang pada bulan lepas, telah menghubungkan 11 MNC dan 52 PKS melalui lebih 150 sesi perniagaan kepada perniagaan (B2B) yang berkesan.

“Bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan boleh membantu MNC dan PKS meneroka landskap perniagaan tempatan, mendapat pandangan mengenai pasaran dan mengakses kepakaran tempatan.

“Kami telah menyaksikan perubahan untuk beberapa PKS yang memainkan peranan lebih besar dalam rantaian bekalan global. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan nilai tambah, produk yang bersesuaian, berkualiti tinggi dan berkos rendah dengan kelajuan yang cepat ke pasaran,” katanya.

Sulaiman berkata dengan mewujudkan hab bekalan mereka di Malaysia dan menghubungkan dengan PKS tempatan, MNC boleh mengambil peluang daripada rangkaian perdagangan negara yang luas dan kos yang lebih rendah untuk menjalankan perniagaan.

Beliau merujuk kepada Program Rantaian Bekalan MIDA-Xinyi sebagai kerjasama yang berjaya antara perusahaan tempatan dan MNC.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO


Pengeluar kaca bersepadu terkemuka China, Xinyi mengeluarkan kaca apung berkualiti tinggi, kaca kereta dan kaca seni bina jimat tenaga, serta mempunyai rangkaian jualan meliputi lebih 130 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sulaiman berkata Xinyi Malaysia beroperasi di Jasin, Melaka, sebagai bahagian luar negara pertama di luar China dan syarikat itu kini merancang untuk mengembangkan pangkalan pembekalnya sebagai sebahagian daripada pelan penyetempatannya.

“Sehingga 98 peratus daripada produk mempunyai duti import sifar di bawah perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia dengan ASEAN, yang membawa kepada kos yang lebih rendah untuk menjalankan perniagaan.

“Ini memberikan syarikat yang beroperasi di Malaysia akses keutamaan untuk meraih peluang pertumbuhan dan pasaran segera dalam salah satu blok perdagangan terbesar di dunia,” katanya.

Malaysia telah mewujudkan rangkaian hubungan perdagangan yang kukuh melalui pelbagai FTA seperti dengan Jepun, Pakistan, India, New Zealand, Chile, Australia dan Turkiye.

Di peringkat ASEAN, Malaysia adalah sebahagian daripada perjanjian perdagangan bebas ASEAN (AFTA), yang merangkumi FTA serantau dengan China, Korea Selatan, Jepun, Australia, New Zealand dan India.

“Malaysia akan terus mengukuhkan rangkaian logistik dan pengangkutannya untuk meningkatkan kesalinghubungan dengan pasaran global untuk memudahkan aliran barangan, perkhidmatan dan maklumat yang lancar, sekali gus memastikan kedudukan negara sebagai hab bekalan Asia yang ideal,” kata Sulaiman.

Malaysia kekal destinasi menarik untuk MNC

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker