Milunovic ikrar bantu The Bos Gaurus
Milunovic ikrar bantu The Bos Gaurus
PASUKAN Perak FC serius untuk terus mendaki carta Liga Super musim ini selepas menandatangani khidmat penggempur import dari Serbia, Luka Milunovic pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.
Milunovic yang berusia 31 tahun bukanlah nama asing dalam kancah Liga M selepas pernah mewakili kelab Melaka United dan Sabah FC pada musim 2019 dan berjaya menjaringkan 10 gol.
Kata Milunovic, kepercayaan yang diberikan oleh skuad The Bos Gaurus sangat dihargai dan sudah tentu sasaran utamanya selepas ini adalah untuk menjaringkan banyak gol buat pasukan.
“Saya sangat teruja untuk kembali bersaing di Liga M. Visi serta misi utama saya kali ini adalah untuk memastikan pasukan dapat kembali mencipta lebih banyak kemenangan khususnya dalam saingan Liga Super.
“Saya anggap Perak FC adalah kuasa besar dalam bola sepak Malaysia, penuh dengan tradisi & legasi. Sudah tentu menjadi satu penghormatan untuk bermain di kelab ini,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Takkan Itu Rumah Agam Nusi, Dia Kan Pejuang Melayu Isley
- Siapa pemilik ladang Musang King di Kedah?
- Projek Musang King Di Sik Bakal Mengulangi Tragedi Iboi
Mengulas lanjut, Milunovic percaya saingan Liga M kali ini lebih kompetitif berbanding sewaktu pertama kali hadir ke Malaysia empat tahun lalu.
“Saya gembira dapat kembali bermain dalam liga ini selepas tahun 2019 dan bersedia menyahut cabaran.
Saya juga percaya liga ini telah menjalani revolusi dengan menjadi lebih kompetitif. Saya sudah bersedia untuk menghadapi cabaran,” katanya.
Skuad Perak FC kendalian Yusri Che Lah sebelum ini telah menandatangani dua pemain pertahanan import, Jesper Nyholm dari Filipina dan Kim Yeon-do dari Korea Selatan.
Milunovic ikrar bantu The Bos Gaurus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi, Haa Tepokkk
- Apa Kata Sanusi Buat Laporan PDRM, Lagi Cantik Laporan SPRM
- Sanusi akan ‘menuntut ilmu kebal’ untuk melawan musuh?