TdF 2023: Bilbao dedikasi kejayaan buat Mader
TdF 2023: Bilbao dedikasi kejayaan buat Mader
PARIS – Pelumba pasukan Bahrain Victorious, Pello Bilbao mendedikasikan kejayaan menjuarai peringkat ke-10 kejohanan berprestij Tour de France (TdF) kepada bekas rakan sepasukannya, Giro Mader yang meninggal dunia pada bulan lalu.
Pada aksi tersebut, Bilbao berjaya mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mendominasi perlumbaan dengan menafikan cabaran wakil pasukan Intermarche-Circus-Wanty, Georg Zimmermann di tempat kedua dan Ben O’Connor (AG2R-Citroen) di kedudukan ketiga.
Sebagai rekod, Mader telah kehilangan nyawanya pada usia 26 tahun ketika mengharungi siri Jelajah Switzerland bulan lepas susulan kemalangan ngeri terjatuh ke kawasan gaung.
Menurut Bilbao, reaksi yang dilakukan sejurus melepasi garisan penamat adalah untuk mengenang Mader yang dianggap sebagai salah seorang rakan karibnya dalam arena sukan berbasikal dunia.
“Saya tidak tahu kenapa segalanya serba menjadi pada perlumbaan peringkat kali ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Takkan Itu Rumah Agam Nusi, Dia Kan Pejuang Melayu Isley
- Siapa pemilik ladang Musang King di Kedah?
- Projek Musang King Di Sik Bakal Mengulangi Tragedi Iboi
“Mader adalah salah seorang rakan sepasukan yang cukup baik dengan saya dan bukan perkara mudah untuk melakukan persiapan selepas apa yang berlaku pada dua minggu lalu.
“Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberikan ketenangan ketika saya resah selepas kecelakaan melibatkan Mader sebelum ini,” katanya. – AGENSI
TdF 2023: Bilbao dedikasi kejayaan buat Mader
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi, Haa Tepokkk
- Apa Kata Sanusi Buat Laporan PDRM, Lagi Cantik Laporan SPRM
- Sanusi akan ‘menuntut ilmu kebal’ untuk melawan musuh?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :