Kubur besar himpun 87 mayat di Darfur

Kubur besar himpun 87 mayat di Darfur

Kubur besar himpun 87 mayat di Darfur
LUAR bandar El Geneina, Dafur barat yang menjadi medan pertempuran puak bertelagah. FOTO AFP.

Khartoum: Sekurang-kurangnya 87 orang termasuk etnik Masalit ditemui ditanam dalam kubur besar di Darfur barat, Sudan.

Pegawai Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dimaklum yang tentera Rapid Support Forces (RSF) bertanggungjawab terhadap penemuan itu.

RSF bagaimanapun menafikan sebarang pembabitan, dengan mendakwa kumpulan separa tentera itu bukan pihak yang terbabit konflik di Darfur barat.



Pertumpahan darah bermotif etnik melonjak dalam beberapa minggu kebelakangan ini, seiring pertempuran antara puak tentera bertelagah yang meletus sejak April lalu.

Di El Geneina, bandar Darfur barat, saksi dan kumpulan hak asasi melaporkan berlaku gelombang serangan oleh RSF dan militan Arab terhadap orang bukan Arab Masalit, termasuk tembakan jarak dekat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa pengganti Muhyiddin dalam BERSATU?




PBB berkata, penduduk tempatan dipaksa membuang mayat termasuk wanita dan kanak-kanak ke dalam kubur cetek di kawasan lapang berhampiran bandar antara 20 hingga 21 Jun.

Menurut kenyataan itu, setengah mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang tidak dirawat, selain sukar mengenal pasti mangsa orang Masalit.

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi PBB, Volker Turk mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu.

“Saya lebih terkejut dengan tindakan tidak berperasaan dan tidak menghormati orang mati, bersama keluarga dan komuniti mereka,” katanya yang mendesak siasatan segera dan rapi dilaksana.



Pertempuran antara Tentera Sudan diketuai Komander Jeneral Tentera Abdel Fattah al-Burhan dan RSF yang dipimpin bekas timbalannya Mohamed Hamdan Dagalo tercetus sejak 15 April lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan


Seorang pegawai kanan RSF yang enggan dikenali berkata, pihaknya tiada kaitan langsung dengan penemuan kubur besar itu dan tidak terbabit konflik di bandar berkenaan.



“Kami tiada kaitan memandangkan ia konflik kaum,” katanya.

Sumber lain RSF pula mendakwa tuduhan ke atas pihaknya bermotif politik daripada Masalit dan pihak lain terbabit pergaduhan.

Beliau mengulangi yang kumpulan itu bersedia mengambil bahagian dalam siasatan dan akan menyerahkan mana-mana pasukannya yang didapati melanggar undang-undang.

Kubur besar himpun 87 mayat di Darfur


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Abang Budin Bayar Cukai Pendapatan Tak?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading