165 juta penduduk dunia berada di bawah garis kemiskinan

165 juta penduduk dunia berada di bawah garis kemiskinan

165 juta penduduk dunia berada di bawah garis kemiskinan
FOTO pada 8 Jun 2023 menunjukkan budak lelaki mengisi air di pinggir bandar Taez, Yaman. FOTO AFP

New York: Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 165 juta orang di seluruh dunia berada di bawah garis kemiskinan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Disebabkan oleh pandemik Covid dan pergolakan ekonomi sejak 2020, wang harian golongan yang terjejas ini merosot di bawah had AS$3.65, menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada Jumaat.

“Jumlah itu sebenarnya mungkin lebih tinggi sekiranya kerajaan tidak berbelanja untuk meningkatkan program keselamatan sosial dan pakej rangsangan semasa Covid-19.



“Ini terutama bagi negara berpendapatan rendah yang bebannya menjadi tidak mampan pada masa ini.

“Kerajaan tidak lagi boleh menggaji doktor dan jururawat di hospital, tidak dapat menyediakan ubat untuk pusat kesihatan luar bandar, yang pada dasarnya menghakis infrastruktur sosial negara,” kata pentadbir UNDP Achim Steiner.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abang Budin Bayar Cukai Pendapatan Tak?




Beliau berkata, keadaan itu akan menjurus kepada kurangnya penjagaan kesihatan, pendidikan dan tiada jaringan keselamatan sosial.

PBB memberi amaran bahawa 52 negara di dunia kini berada dalam perangkap hutang yang tidak dapat ditangani tanpa bantuan.

Pada 2022, hutang awam dunia akan meningkat kepada AS$92 trilion, lima kali ganda berbanding tahun 2000.

Sebanyak 40 peratus penduduk dunia atau 3.3 bilion orang tinggal di negara yang pembayaran faedah pinjaman melebihi perbelanjaan kesihatan atau pendidikan.



165 juta penduduk dunia berada di bawah garis kemiskinan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading