Lelaki menyamar anggota polis ditahan
Lelaki menyamar anggota polis ditahan
KENINGAU: Tindakan seorang lelaki menyamar sebagai anggota polis mengundang padah, apabila dia ditahan polis di sekitar bandar ini, semalam.
Suspek warga tempatan berusia 22 tahun ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau ketika menjalani penugasan Op Samseng Jalanan, jam 2 petang.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, berkata ketika ditahan suspek menggunakan pakaian preman dan jaket warna hijau tertera tulisan ‘polis’.
“Ketika diminta untuk menunjukkan identiti polis dan MyKad bagi tujuan pemeriksaan dan pengesahan, suspek gagal kemukakan kepada polis.
“Suspek kemudian dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, polis turut merampas beberapa barangan lain serta motosikal yang ditunggang suspek.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya.
Lelaki menyamar anggota polis ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Najib terus dizalimi” – Puad Zarkashi
- Mana keadilan untuk Najib Razak?
- Kejutan PRN di Pantai Timur bakal berlaku