Ustaz Don Kongsi Sebab Perlu Lakukan Amalan Menjelang Awal Muharram [VIDEO]
Ustaz Don Kongsi Sebab Perlu Lakukan Amalan Menjelang Awal Muharram
Baru-baru ini, Ustaz Don Daniyal, penceramah bebas menjelaskan sebab perlunya sesorang umat Islam itu untuk memperbanyakkan amalan menjelang sambutan Awal Muharram atau Maal Hijrah.
Bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah) adalah bulan muharram.
Sambutan Maal Hijrah disambut bagi memperingati satu peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan ini berkenaan sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Jadi, bersempena dengan sambutan Awal Muharram ini, umat Islam diharuskan untuk memperbanyakkan amalan serta membaca doa akhir tahun dan awal tahun.
Perkongsian itu dibuat menerusi laman TikToknya dan berkata menjelang hujung tahun buku amalan setiap umat Islam akan diangkat oleh Malaikat untuk dihadapkan ke hadapan Allah SWT.
Assalamualaikum, bila sampai 1 Muharram 1445H, maknanya sehari sebelum tu adalah hujung tahun 1444H. Ada perkara penting semua orang kena tahu iaitu dalam satu hadis Nabi SAW.
Nabi ada sebut, ‘Tidak adalah Malaikat yang mencatat amalan kita naik membawa buku amalan kita (boleh tengok dalam Surah al-Kahfi) berkaitan dengan buku amalan.
Allah akan tanya kepada Malaikat, ‘Wahai Malaikat, tengok muka surat awal buku (amalan) dia, dan tengok muka surat akhir buku dia’.
ADVERTISEMENT
Menerusi hadis yang dibacakan itu, Ustaz Don menyatakan jika amalan yang dilakukan manusia itu baik pada hujung dan awal tahun maka Allah akan mengampunkan segala dosa yang dilakukan seseorang manusia itu.
Kalau dua-dua (bahagian) itu baik maka Allah akan kata, ‘Aku ampunkan kesemua di antara dua perkara baik ini wahai malaikat bersaksilah kamu’.
Sebab itu untuk hujung tahun kita nak cuba baca Yasin, buat amal soleh supaya kita tutup dengan yang baik kemudian kita mula balik tahun baharu dengan yang baik.
Supaya tahun yang (dulu) kita mula tahun baharu dengan yang hujung tahun (jika) baik kedua-duanya, Allah ampunkan di antara kedua-dua perkara baik itu.
Di akhir video, Ustaz Don berdoa agar segala dosa-dosanya serta mereka yang menonton video tersebut diampunkan Allah SWT.
@mahabbaten [ 1444 HIJRAH ] Sabda Rasulullah SAW kepada Abi Fatimah al-Dhumari RA: عَلَيْكَ بِالْهِجْرَةِ فَإِنَّهُ لاَ مِثْلَ لَهَا Maksudnya: “Hendaklah kamu berhijrah kerana ia tiada tandingannya.” – Riwayat al-Nasaie – Ini menunjukkan betapa kedudukan Hijrah diangkat oleh Baginda SAW seolah-olah tiada tandingannya. Hal ini dengan jelas membuktikan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh golongan yang melakukan hijrah sangat besar. .: Hanya Kerana Cinta Nya :. #umrah #mahabbaten #ustazdondaniyal #ustdonadatravel #ustdon #mekkahmadinah #umrah2023 #umrahustazdon #umrahmahabbaten #ustazdon #salammaalhijrah #maalhijrah #awalmuharram ♬ bunyi asal – Mahabbaten by Don Daniyal – Mahabbaten by Don Daniyal
Kredit: TikTok
Ustaz Don Kongsi Sebab Perlu Lakukan Amalan Menjelang Awal Muharram
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?
- Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara