Azwan Ali – Saya Buat Solat Ghaib Sehingga Arwah Mak Dikebumikan [VIDEO]

Azwan Ali – Saya Buat Solat Ghaib Sehingga Arwah Mak Dikebumikan [VIDEO]

Azwan Ali - Saya Buat Solat Ghaib Sehingga Arwah Mak Dikebumikan [VIDEO]
Azwan Ali – Saya Buat Solat Ghaib Sehingga Arwah Mak Dikebumikan [VIDEO]
Pengacara dan pelakon, Azwan Ali mendedahkan dia hanya membuat solat jenazah ghaib ketika kehilangan ibunda tercintanya, Mak Tom pada tahun 2017.

Azwan Ali - Saya Buat Solat Ghaib Sehingga Arwah Mak Dikebumikan [VIDEO]

Menerusi satu sesi podcast yang disertainya, Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Haji Ali berkata tindakan yang dilakukannya itu adalah atas nasihat yang diberikan seorang ustaz kepadanya.



Teringatlah ustaz tu kata, kalau saya pulang dengan 1001 cerita negatif lebih baik saya buat solat jenazah ghaib untuk arwah daripada jauh.

Ini ekslusif ya belum pernah didedahkan walaupun dah dikecam apa semua.

Jadi disebabkan kesibukan dan sebab baru tahu yang mak saya dah tiada, saya ke masjid di KLCC dan masjid Bangsar untuk melakukan solat jenazah ghaib sehinggalah arwah mak saya dikebumikan (dari jauhlah).

Menurut Azwan, sekiranya dia pulang, akan mendatangkan pergaduhan dan prasangka buruk.



Sebab kalau balik menimbulkan syak wasangka, pergaduhan dan fitnah lebih baik saya tidak pulang.

Meskipun menerima kecaman teruk namun Azwan memilih untuk ‘menelan’ segala kata-kata negatif yang telah dilemparkan.

Waktu itu saya seorang diri, hanya Allah yang tahu tapi tak apa saya dah lalui.

Sedapnya mulut mereka kata saya anak derhakalah apa semua kan tapi tak apalah, Allah maha mengetahui kenapa saya tak balik, kenapa saya meraung-raung dalam masjid macam orang gila seorang diri.



Yang ‘pergi’ tu orang yang saya sayang dan yang mengata tu dia tak tahu cerita yang benar, yang penting saya dengan Allah, dengan arwah mak.

Sekadar info, Azwan Ali teruk dikecam sehinggakan dilabel sebagai anak derhaka kerana tidak pulang ketika arwah ibunya, Che Tom Yahaya meninggal dunia pada 17 Februari 2017 yang lalu.

Video

 

@brosgangtv



Antara perkongsian sedih Diva AA dekat podcast BGTV ialah tidak sempat melawat arwah ibunya semasa baru meninggal.. #Fyp #foryourpage #tiktokmalaysia #brosgangtv #bgtv #podcast

♬ original sound – BROSGANGTV – BROSGANGTV

Sumber: TikTok 

Azwan Ali – Saya Buat Solat Ghaib Sehingga Arwah Mak Dikebumikan [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button