Impak internet lonjak jualan hingga 300%

Impak internet lonjak jualan hingga 300%

Impak internet lonjak jualan hingga 300%
ANNE pernah diberi peluang menghasilkan rekaan kek untuk Raja Salman.

Shah Alam: Anne Idris Holdings Sdn Bhd, syarikat tempatan yang memfokus bidang bakeri sejak 2006 berjaya memanfaatkan platform digital bagi melebarkan sayap perniagaannya.

Pengarahnya, Anne Idris berkata, mula berniaga di pasar malam, kini syarikatnya mempunyai central kitchen (dapur pusat) yang mampu membekalkan lebih 10,000 roti sehari.

Katanya, memanfaatkan penggunaan internet adalah kunci kejayaan produk Anne Idris sehingga mampu mendapat capaian sehingga ke luar negara.



“Sekarang zaman beredar dengan pantas dan semua mengguna pakai teknologi dan usahawan juga perlu cepat belajar dan memasuki pasaran online (dalam talian).

“Untuk berniaga secara online, tidak memerlukan modal membuka kedai dan hanya perlukan platform digital serta mempunyai media sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




“Saya sendiri akui impak internet berjaya menaikkan jualan saya sehingga 300 peratus dan sekarang kami turut memberi latihan dan khidmat nasihat kepada usahawan di seluruh Malaysia,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, seluruh dunia boleh mengenali produk usahawan melalui impak digital dan produk Anne Idris pernah berada di United Kingdom, Australia, Paris, Singapura dan Brunei.

Beliau berkata, disebabkan pemasarannya melalui digital, dia pernah diberi peluang menghasilkan rekaan kek untuk Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud.

“Banyak sebenarnya kebaikan pemasaran digital kepada usahawan pada masa ini.



“Saya sendiri menggunakan Unifi Business kerana selain talian internet yang kukuh, mereka mempunyai pakej penyelesaian perniagaan lengkap sesuai untuk peniaga baru mahu berjinak dalam perniagaan online (dalam talian),” katanya.

Impak internet lonjak jualan hingga 300%


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading