Pahang juara Hoki 5s Kebangsaan

Pahang juara Hoki 5s Kebangsaan

Pahang juara Hoki 5s Kebangsaan
BARISAN pemain Pahang meraikan kejayaan menjuarai Kejohanan Hoki 5s Kebangsaan menewaskan ATM pada aksi final di Stadium Hoki Nasional hari ini. – AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Pahang dinobatkan sebagai juara Kejohanan Hoki 5 Sebelah (5s) Kebangsaan kategori lelaki menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak diraih dengan mudah apabila Pahang terpaksa bersaing sengit untuk menewaskan ATM 3-1 menerusi penentuan shoot-out selepas terikat 3-3 dalam masa sebenar permainan.

Tonggak Pahang, Muhammad Izham Azhar menyifatkan keyakinan rakan sepasukannya ketika penentuan shoot-out merupakan faktor utama kejayaan mereka menjuarai kejohanan itu.



Biarpun tidak mengukir nama sebagai penjaring dalam aksi final tersebut tetapi Izham merupakan watak penting buat skuad bimbingan Mohd. Sufian Mohamad itu.

“Kami memang dah agak persaingan sengit daripada ATM. Jadi kami berbincang dan cuba mencari jalan untuk menyekat kelajuan mereka.

“Kami tak berputus asa mencari gol penyamaan pada penghujung perlawanan. Bagi saya, keyakinan pemain ketika mengambil shoot-out adalah kunci utama,” katanya selepas tamat perlawanan akhir itu.

Hasrat Pahang untuk meraih kejuaraan berganda tidak kesampaian apabila skuad wanita negeri itu tewas 2-3 kepada Selangor pada aksi final wanita yang turut berlangsung hari ini. – KOSMO! ONLINE



Pahang juara Hoki 5s Kebangsaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button