Mayat nelayan ditemui dalam perut buaya

Mayat nelayan ditemui dalam perut buaya

Mayat nelayan ditemui dalam perut buaya
Anggota pasukan mencari dan menyelamat membelah perut buaya yang dipercayai membaham mangsa. – Foto ihsan bomba

TAWAU: Pencarian seorang nelayan warga emas yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, di sini, Rabu lalu, berakhir dengan penemuan mayat lelaki itu dalam perut seekor buaya hari ini.

Buaya seberat lebih 800 kilogram (kg) berukuran empat meter panjang itu yang dipercayai membaham mangsa dikesan anggota Jabatan Hidupan Liar (JHL) yang turut menyertai operasi pencarian, sebelum menembak mati reptilia berkenaan kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata anggota JHL kemudiannya membelah perut buaya itu dan menemui anggota badan manusia dipercayai mangsa.



“Seterusnya proses pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa, Addi Bangsa, 60, dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika hendak turun ke bot untuk menangkap ikan kira-kira jam 4 pagi.

Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan kira-kira jam 1 pagi.

Mayat nelayan ditemui dalam perut buaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading