Aina Abdul Hargai Setiap Teguran, Usaha Jadi Lebih Baik
“Saya Baca & Teliti Semua,”
Aina Abdul Hargai Setiap Teguran, Usaha Jadi Lebih Baik
Sejak beberapa hari lalu, nama penyanyi terkenal, Aina Abdul kerap kali menjadi bualan hangat netizen terutamanya di media sosial.
Rata-ratanya membicarakan mengenai penampilan Aina yang ‘out of box’ waktu hadir ke malam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 dengan menaiki lori baru-baru ini.
Malah, seorang pendakwah bebas, Dr. Kamilin Jamilin turut memuat naik sepotong video di media sosial untuk menegur fesyen Aina yang sekaligus mengundang perhatian ramai.
Lantaran itu, menerusi satu hantaran di Instagram Stories, penyanyi lagu Terus Hidup ini memaklumkan dirinya cakna dengan segala terguran tersebut dan menerima dengan hati yang terbuka, dipercayai susulan isu berkenaan.
“Selalunya saya jarang sekali luah isi hati. Segalanya berkaitan dengan kerja sahaja di sini (sosial media). Tetapi hari ini terpanggil saya nak tulis sesuatu.
“Ya, saya nampak dan baca semuanya. Saya baca dan teliti semua. Saya renungkan setiap teguran yang masuk,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aina turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah memberikan teguran dengan cara yang baik.
“Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, menegur untuk kebaikkan, meninggalkan komen yang baik serta membina.
“Aina sangat hargai. Alhamdulillah, Aina akan cuba yang lebih baik selepas ini okay,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Aina mencetuskan sensasi apabila tiba di malam kemuncak ABPBH35 dengan menaiki lori serta mengenakan tiga persalinan yang berbeza.
Antara fesyen yang menarik perhatian ramai ialah blazer bersaiz mega serta gaun bunga ros.
Sementara itu, pada malam tersebut, Aina turut telah dinobatkan selaku pemenang Anugerah Penyanyi Popular.
Aina Abdul Hargai Setiap Teguran, Usaha Jadi Lebih Baik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sanusi: Semua EXCO Kedah Akan Di Panggil SPRM
- Hakim 1MDB Dedahkan Pernah Mempunyai Hubungan Profesional Dengan Jasmine Loo, Kes DS Najib Wajar Di Gugurkan
- Hakim Collin buat pengakuan tergempar selepas 5 tahun
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :