DS Najib Failkan Permohonan Supaya Hakim 1MDB Tarik Diri

DS Najib Failkan Permohonan Supaya Hakim 1MDB Tarik Diri

DS Najib Failkan Permohonan Supaya Hakim 1MDB Tarik Diri

Pihak pembelaan DS Najib akan memfailkan permohonan supaya hakim perbicaraan 1MDB, Collin Lawrence Sequerah, menarik diri dari mengetuai perbicaraan 1MDB.

Tindakan diambil susulan dari pengakuan Sequerah bahawa beliau pernah mempunyai hubungan profesional dengan Jasmine Loo Ai Swan.

Jasmine berkemungkinan besar akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes 1MDB.



Hubungan profesional antara Sequerah berlaku ketika mereka bersama-sama bekerja dengan syarikat guaman Zain & Co.

Ketua barusan peguambela DS Najib, Shafie Abdullah berkata permohonan rasmi berhubung perkara itu akan difailkan dalam masa terdekat.

“Saya baru berkesempatan untuk berbincang dengan anak guam saya (DS Najib) pagi ini”.

“Tetapi kami sedang mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan agar Yang Arif menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan ini”.



“Pendedahan yang dibuat oleh Yang Arif semalam agak mengejutkan saya dan anak guam saya”.

“Nama Jasmin Loo telah disebut sebanyak 656 kali sepanjang 167 hari perbicaraan”.

“Tidak kira sama ada Jasmine Loo akan dipanggil memberi keterangan atau tidak”.

“Tetapi (fakta) Yang Arif pernah menjadi rakan kongsi dalam firma guaman yang sama merupakan satu alasan untuk Yang Arif untuk mempertimbangkan untuk menarik diri,”kata Shafee.



Hakim Sequerah memaklumkan beliau akan menguruskan (dealt with it) apabila tiba masanya (permohonan rasmi difailkan).

Seperti yang dikatakan oleh Shafee, sama ada Jasmine akan dipanggil sebagai saksi atau tidak, bukanlah isunya.

Tetapi kaitan Jasmine dengan kes yang dibicarakan serta hubungan profesional yang pernah berlaku antara Sequerah dan Jasmine menjadi isu utama.

Adalah sangat wajar bagi Sequerah menarik diri dan memberikan laluan kepada hakim yang dilihat lebih neutral untuk mengetuai perbicaraan.



 

DS Najib Failkan Permohonan Supaya Hakim 1MDB Tarik Diri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button