Ezcare, KWT Technology pertingkat kesedaran, informasi tentang perkhidmatan selepas jualan EV
Ezcare, KWT Technology pertingkat kesedaran, informasi tentang perkhidmatan selepas jualan EV
BANGI – Ezcare Warranty Sdn. Bhd. (Ezcare) dan KWT Technology telah mengambil langkah awal meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengusaha bengkel kenderaan di negara ini tentang keperluan persediaan menghadapi ledakan trend pasaran ke arah penggunaan kenderaan elektrik (EV) pada masa depan.
KWT Technology adalah antara pemain yang berpengalaman dalam EV dan kenderaan hibrid sejak empat tahun lalu, manakala Ezcare pula adalah sebuah syarikat bumiputera yang menawarkan perkhidmatan jaminan selepas jualan untuk kereta import terpakai dan kereta terpakai, dilengkap dengan konsep bengkel terbuka serta perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan.
Pengasas Bersama Ezcare, Amirul Akmar berkata, kerjasama dalam bidang ini akan meningkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat khususnya dalam aspek membaiki, menyelenggara dan penyediaan bengkel menawarkan khidmat bersepadu EV.
“Kami mengambil langkah awal daripada pihak berwajib dan yang lain-lain untuk meningkatkan kesedaran tentang EV yang segala-galanya adalah berbeza daripada segmen kenderaan sedia ada di pasaran,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan “Kakistocracy” alasan untuk Mahathir tumbangkan Kerjaan Perpaduan
- Hebat mana pun , PAS pancing satu kolam bersama Lima parti Melayu lain. DAp tiada saingan dikolam lain.
- Saravanan Akan Di Panggil SPRM
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program EV Tech Talk & Training 2023: Meningkatkan Kemahiran Bengkel Selepas Jualan EV yang berkualiti di sini baru-baru ini.
Turut hadir Pengarah Urusan Ezcare Ahmad Ibrahim dan Pengarah KWT, Anson Tan serta Ricky Khoo.
Mengulas mengenai program tersebut, Ahmad berkata, berdepan dengan teknologi canggih EV, semua peralatan di bengkel perlu di naik taraf khususnya perisian dan sistem teknologi terkini.
“Bukan sahaja bengkel, mekanik perlu memiliki kemahiran yang tinggi kerana semua EV terbabit dengan kandungan voltage yang tinggi.
“Jika tiada pengalaman, ia boleh menyebabkan kematian, sehubungan itu, dalam program ini kami mengajar pengusaha bengkel tentang tahap keselamatan yang perlu dipertingkatkan dan juga informasi mengenai enjin dan peralatan lain dengan selamat.
“Kita tidak mahu masyarakat membuat satu persepsi negatif terhadap EV sekiranya
berlaku kemalangan jiwa ketika mekanik yang tiada kemahiran cuba untuk menyelenggara atau membaiki kenderaan tersebut,” jelas beliau. -KOSMO!ONLINE
Ezcare, KWT Technology pertingkat kesedaran, informasi tentang perkhidmatan selepas jualan EV
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sanusi: Semua EXCO Kedah Akan Di Panggil SPRM
- Hakim 1MDB Dedahkan Pernah Mempunyai Hubungan Profesional Dengan Jasmine Loo, Kes DS Najib Wajar Di Gugurkan
- Hakim Collin buat pengakuan tergempar selepas 5 tahun