Jatuh cinta dengan peragut

Jatuh cinta dengan peragut

Jatuh cinta dengan peragut
EMANUELA bercinta dengan lelaki yang meragut telefon bimbitnya. FOTO Agensi

Brasilia: Istilah cinta itu buta mungkin tepat buat seorang wanita di Brazil yang mencintai lelaki yang meragut telefon bimbitnya di jalanan.

Mirror UK melaporkan, lelaki itu juga didakwa meragut telefon Emanuela tetapi terpukau dengan kecantikan wanita berkenaan.

Dia kemudian menghubungi Emanuela menggunakan maklumat yang ditemuinya di telefon itu.



Dalam akhbar tempatan, Emanuela dilaporkan terpesona dengan peragut itu, dan kini, mereka sudah dua tahun menjalinkan hubungan.

“Adakah kamu tahu yang saya melalui situasi yang sukar kerana tidak mempunyai seorang wanita?

“Apabila saya melihat gambarnya di telefon, saya berkata kepada diri sendiri ‘alangkah cantiknya si rambut coklat, kamu tidak melihat si rambut coklat seperti itu setiap hari’ dan saya menyesal sudah mencuri (telefon bimbit),” kata lelaki yang tidak dinamakan itu kepada pemberita.

“Jadi kamu mencuri telefonnya dan kemudian hatinya?” sindir pemberita kepada lelaki itu.



Laporan itu membuatkan pengguna media sosial terpegun dengan ribuan berkongsi kisah berkenaan.

“Di Brazil adalah perkara biasa untuk jatuh cinta dengan penjenayah,” kata seorang penduduk Brazil.

“Saya tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis,” tulis Beatrzliz

“Terdapat bentuk percintaan baharu di Brazil. Rompak saya dan saya akan berjumpa dengan kamu. Ia pelik,” tulis seorang lagi pengguna laman sosial, Victor



Jatuh cinta dengan peragut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button