Ular senduk bawah badan, budak 4 tahun lalui detik cemas [VIDEO]
Ular senduk bawah badan, budak 4 tahun lalui detik cemas

BAGAN SERAI: Video mengenai seekor ular senduk berada di bawah badan seorang kanak-kanak tular dengan pelbagai komen dizahirkan netizen, majoritinya terkejut serta risau dengan nasib kanak-kanak itu.
Video itu dimuatnaik pemilik akaun Tik Tok @mummy_miazara dua hari yang lalu dan dikatakan berlaku di sebuah rumah di Taman Serai Perdana, di sini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan kanak-kanak itu tidak mendapat sebarang kecederaan mahu pun trauma.
Sehingga kini, video itu menerima lebih 4.3 juta tontonan, selain dikongsi lebih 32,5000 kali dengan lebih 6,300 komen.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad mengesahkan kejadian itu berlaku pada Isnin lalu ketika kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ini beradas di rumah pengasuhnya.
Watch on TikTok
Beliau berkata, sebaik menerima panggilan jam 11.28 pagi, sepasukan anggota yang dikejarkan lokasi mendapati anak ular jenis senduk itu berada pada bahagian bawah badan kanak-kanak berkenaan di ruang tamu rumah.
“Pihak bomba menggunakan penyepit untuk menangkap ular itu sebelum ia dibawa ke lokasi sesuai untuk dilepaskan,” katanya mengesahkan kanak-kanak terbabit selamat.
Ular senduk bawah badan, budak 4 tahun lalui detik cemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sanusi: Semua EXCO Kedah Akan Di Panggil SPRM
- Hakim 1MDB Dedahkan Pernah Mempunyai Hubungan Profesional Dengan Jasmine Loo, Kes DS Najib Wajar Di Gugurkan
- Hakim Collin buat pengakuan tergempar selepas 5 tahun
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :