Polis tahan suspek sembur 51 kubur cat merah, biru

Polis tahan suspek sembur 51 kubur cat merah, biru

Polis tahan suspek sembur 51 kubur cat merah, biru

BINTULU: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki terbabit menyembur 51 kubur dengan cat merah dan biru, di Perkuburan Islam Kemunting.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit, berkata hasil maklumat serta risikan, pasukan polis bertindak menahan seorang lelaki berusia 40 tahun.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit salah.

“Orang awam dalam masa sama dinasihatkan agar tidak mewujudkan sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kes yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berharap mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hafizuddin Zaidi di talian 014-6066404 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing




Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi Isnin lalu, satu kes pencerobohan dan khianat dengan menyembur cat merah dan biru dilaporkan berlaku di Tanah Perkuburan Islam Kemunting, di Jalan Sebiew.

Polis tahan suspek sembur 51 kubur cat merah, biru


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading