TikTok Awards Julung Kali Di Malaysia

Hargai & Raikan ‘Content Creators’ Melalui Undian

TikTok Awards Julung Kali Di Malaysia

TikTok Awards Julung Kali Di Malaysia
TikTok Awards Julung Kali Di Malaysia

TikTok, destinasi utama untuk kandungan video pendek bakal mengajurkan TikTok Awards buat julung kalinya di Malaysia dengan kerjasama TV3. Dikuasakan dengan HONOR 90 Siri 5G selaku penaja utama, Foodpanda sebagai penaja bersama dan penaja rakan kongsi, F&N Dairies.

Julung kali di MalaysiaTikTok Awards Julung Kali Di Malaysia

TikTok Award adalah acara tahunan terbesar untuk meraikan pencipta kandungan di negara ini yang telah memberi impak besar terhadap platform dengan kreativiti mereka, memberi inspirasi dan juga pendidikan.

Ia berfungsi sebagai satu platform yang menghargai dan mengiktiraf pencipta kandungan serta membantu menyerlahkan diri mereka menerusi TikTok mahupun di luar platform ini, ia menjadikan TikTok Awards sebagai sesuatu yang ‘besar’ pada skrin yang kecil.



Dalam pada itu, TikTok Awards telah mengumumkan calon People’s Choice untuk setiap kategori dan orang ramai boleh memberikan sokongan mereka dengan mengundi ‘creators’ kegemaran mereka di TikTok dari 15 Ogos hingga 26 Ogos 2023.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Dedahkan Hadi Awang Menipu Waktu Berada Di Mekah!!!


Berikut ialah 7 kategori People’s Choice:

1. Rising Star of The Year
2. Celebrity Creator of the Year
3. Popular Creator of The Year
4. LIVE Creator of The Year
5. Creator of The Year
6. Popular Animation Account of The Year
7. TikTok Shop Creator of The Year



Kongsi video & berpeluang untuk tercalon

TikTok Awards Julung Kali Di Malaysia

Sementara itu, pengguna TikTok di Malaysia juga berpeluang untuk dicalonkan bagi kategori Judge’s Pick. Anda hanya perlu kongsikan kisah inspirasi anda sendiri di TikTok bermula dari 30 Julai hingga 14 Ogos beserta tanda pagar #RoadTikTokAwardsMY untuk menyertai.

Peserta juga akan bersaing bagi memenangi telefon pintar HONOR 90 (12 + 512GB).

Lebih banyak pengumuman menarik bakal dihebahkan di sidang media pada 15 Ogos depan untuk mengumumkan calon kategori Judge’s Pick, barisan persembahan, pengacara dan juri bagi TikTok Awards.



Acara ini akan disiarkan pada pukul 8 malam di @tiktok_malaysia, jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton!

TikTok Awards Julung Kali Di Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button