Maryam Gembira Ibu Dekati Islam

‘Dia Cuba Jauhi Makan Daging Bab*, Pakaian Lebih Tertutup’ –

Maryam Gembira Ibu Dekati Islam

Maryam Gembira Ibu Dekati Islam
Maryam Gembira Ibu Dekati Islam

Sebelum ini, pempengaruh terkenal, Maryam Younarae berkongsi momen membawa ibunya ke masjid untuk menunaikan solat subuh serta menghadiahkan wanita itu telekung.

Menurut isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim itu, ibunya sendiri yang menyuarakan keinginan untuk membawa pulang telekung ke Korea Selatan kerana ingin perlahan-perlahan belajar mengenai solat ketika di sana.

Maryam Gembira Ibu Dekati Islam



Ketika ditemui OhBulan! pada tayangan perdana filem ‘Mat Tudung Begins’ baru-baru ini, Maryam, 31, berkata ibunya sudah mula menunjukkan minat untuk mengikuti gaya hidup seorang Muslim seperti memakai tudung dan bersolat.

Malah, Jeong Hee juga cuba untuk tidak lagi menyentuh perkara-perkara haram seperti memakan daging khinzir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Dedahkan Hadi Awang Menipu Waktu Berada Di Mekah!!!



Ibu memang sedang belajar tentang Islam tetapi orang kata kalau kita sebut dua kalimah syahadah baru kita masuk Islam.

Tapi ibu belum lagi mengucap dua kalimah syahadah. Sekarang ini ibu cuba untuk menjauhi makan daging khinzir dan cuba untuk memakai pakaian lebih tertutup, malah pakaiannya lebih tertutup daripada saya.

Bila ibu lihat saya pakai tudung, dia turut meminta untuk membelikan tudung buat dirinya juga. Dia pun nak cuba pakai. Ibu sekarang cuba untuk menjauhi makan daging khinzir dan cuba untuk memakai pakaian lebih tertutup.

Berbicara lebih lanjut, Maryam berkata dia sudah memasang niat untuk membawa ibunya ke masjid bagi merasai sendiri ketenangan di rumah ibadah itu ketika tiba di Malaysia.



Salah satu hasrat saya adalah untuk membawa ibu ke masjid. Hari terakhir sebelum ibu pulang ke Korea, saya bawa ibu ke masjid untuk saya menunaikan solat Subuh.

Saya tidak memaksanya untuk bersolat dan dia hanya duduk di sebelah saya. Tetapi saya tidak menyangka sewaktu saya solat dia mengikut setiap gerak langkah saya.

Itu yang membuatkan saya terharu dan sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang, dia meminta saya telekung yang dipakainya kerana mahu belajar solat.

Terharu ramai yang sayang anak

 



Maryam Gembira Ibu Dekati Islam

Berkongsi mengenai kisah hijrahnya selepas tujuh bulan memakai hijab, Maryam berkata dia kini sudah terbiasa dengan imej berkenaan.

Pertama kali saya memakai tudung, ibu sering bertanya tak panas ke? Selesa ke? Dia risau kerana cuaca di Malaysia panas. Saya kata kepadanya, saya lebih suka berhijab sekarang kerana lebih selesa.

Pihak OhBulan! sempat bertanya kepada Maryam mengenai perasaan ibunya ketika berada di Malaysia. Ujar Maryam, ibunya sangat gembira melihat sifat keterbukaan rakyat Malaysia yang boleh menerima anaknya di negara ini.



Mak sayang telefon beritahu nak pindah duduk Malaysia. Dia tertarik dan jatuh cinta untuk tinggal sini. Dia suka tengok ramai orang sayang dan boleh menerima saya di sini. Saya pun gembira tengok dia.

Ada satu momen yang lucu apabila mak sayang boleh berbual dengan mak Ryzal seperti biasa walaupun bahasa yang digunakan berlainan. Mereka seolah faham antara satu sama lain. Saya yang terkejut. Seorang Kelantan dan seorang lagi Korea.

Disoal mengenai filem ‘Mat Tudung Begins’, Maryam berkata dia tidak pernah menyangka dapat berlakon filem tersebut.

Saya tidak pernah menyangka dapat berlakon filem. Bila Fizz beri tawaran kepada saya, saya terus bersetuju dan sanggup menjalani penggambaran hingga lewat malam.



Saya dapat banyak pengalaman daripada pelakon lain dan semuanya sangat baik hati berkongsi ilmu lakonan dengan saya. Sekiranya diberi peluang, saya memang ingin menyertai kelas lakonan untuk memperbaiki lakonan saya.

Selain Maryam, filem Mat Tudung Begins turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Fizz Fairuz, Achey, Kazar Saisi, Fazlina Ahmad Daud dan Mimi Peri. Buat pengetahuan korang, filem ini akan mula ditayangkan di semua pawagam bermula 3 Ogos ini. Jangan lupa tonton okay!

Maryam Gembira Ibu Dekati Islam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading