Polis buru tukang gunting kes gangguan seksual

Polis buru tukang gunting kes gangguan seksual

Polis buru tukang gunting kes gangguan seksual
Polis buru tukang gunting kes gangguan seksual

IPOH: Polis sedang memburu seorang tukang gunting rambut yang disyaki melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita tempatan di sebuah pasar raya di Manjoi, dekat sini, yang kes mengenainya tular di Facebook (FB) sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata laporan polis mengenai kejadian diterima semalam daripada seorang wanita berusia 37 tahun mendakwa diganggu secara seksual suspek lelaki disyaki warganegara India terbabit semasa sedang menunggu suspek menggunting rambut anak lelaki wanita itu kira-kira jam 1.25 petang kelmarin.

Katanya, pihaknya terkesan dengan isu tular terbabit yang dikongsikan oleh pemilik akaun FB bernama “Siti Hajar Ghazali” yang turut mendapat perhatian masyarakat umum.



“Polis mengesahkan menerima satu laporan polis daripada wanita berkenaan, semalam yang membuat laporan di Balai Polis Jelapang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta

Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Difahamkan, sewaktu kejadian suspek yang sedang menggunting rambut anak mangsa cuba mengajak mangsa berbual dalam bahasa Melayu namun mangsa tidak mengendahkannya, sebelum suspek dikatakan seolah-olah bercakap seorang diri dan mengeluarkan kata-kata lucah.



Polis buru tukang gunting kes gangguan seksual


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading