Polis tahan remaja 15 tahun, rakan disyaki curi tabung masjid

Polis tahan remaja 15 tahun, rakan disyaki curi tabung masjid

Polis tahan remaja 15 tahun, rakan disyaki curi tabung masjid
Polis tahan remaja 15 tahun, rakan disyaki curi tabung masjid

YAN: Seorang remaja berusia 15 antara dua yang ditahan selepas dipercayai mencuri tabung masjid di sekitar Guar Chempedak, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata remaja lelaki itu dan rakannya ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pada jam 6.30 petang semalam di hadapan sebuah rumah di Jalan Sungai Limau Dalam, di sini.

Katanya, pemeriksaan terhadap suspek berusia 19 tahun menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.



“Hasil soal siasat mendapati, mereka mengaku terbabit dalam kes curi tabung masjid termasuk di Masjid Ar Rahman, Guar Chempedak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis tahan remaja 15 tahun, rakan disyaki curi tabung masjid

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button