Polis tahan dua suspek kes tembak di Sibu

Polis tahan dua suspek kes tembak di Sibu

Polis tahan dua suspek kes tembak di Sibu
Tempat kejadian tembakan di kebun di Batu 9, Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu. – Foto BH

SIBU: Dua lelaki yang disyaki suspek kes tembakan di sebuah kebun di Batu 9, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini ditahan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata kedua-duanya yang berusia 36 dan 45 tahun itu akan ditahan direman selama lima hari.

“Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan,” katanya yang dihubungi.



Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 malam itu, seorang lelaki berusia 46 tahun meninggal dunia akibat ditembak.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama-sama dua rakannya berusia 46 dan 36 tahun hendak beredar meninggalkan kebun itu selepas makan malam di situ.

Seorang rakan mangsa turut mengalami kecederaan di muka akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan.

Polis tahan dua suspek kes tembak di Sibu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button