Kerana cemburu sanggup tikam isteri 50 kali

Kerana cemburu sanggup tikam isteri 50 kali

Kerana cemburu sanggup tikam isteri 50 kali
DAVID Xavier (gambar kanan) didakwa menikam pasangannya, Andreia Guilherme (gambar kiri) sebanyak 50 kali hingga meninggal dunia. FOTO Agensi

London: Cemburu buta menjadi punca seorang lelaki di United Kingdom (UK) menikam pasangannya sebanyak lebih 50 kali hingga meninggal dunia.

Metro UK melaporkan, David Xavier, 38, disabitkan bersalah membunuh Andreia Guilherme, 30, dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun atas kesalahan berkenaan.

Xavier melakukan perbuatan itu di rumah didiaminya bersama Gullherme di Croydon dekat selatan bandar ini, pada petang 11 Disember 2020.



Mahkamah Old Bailey diberitahu hubungan pasangan itu mula dingin sejak Guilherme bergelar ibu dan cuba untuk berpisah dengan Xavier sebelum meninggal dunia.

Pendakwa Raya Paul Raudnitz KC berkata, tindakan Guilherme itu menyebabkan Xavier berang dan jadi semakin cemburu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar




“David gila mengacukan pisau kepada saya,” tulis Guilherme dalam kiriman mesej yang dihantar kepada sepupunya.

Pada jam 11.43 malam, dia menghantar mesej kepada rakan lain di Madeira memberitahu Xavier mengacukan lagi pisau ke arahnya bersama rakaman audio.

Raudnitz memberitahu juri itu adalah komunikasi terakhir mangsa sebelum Xavier menikamnya hingga mati dengan pisau dapur.

“Serangan itu serius. Andreia Guilherme mengalami lebih 50 tikaman di bahagian depan dan belakang badannya, ada yang menggunakan kekerasan sehingga merosakkan organ dalamannya dan meninggalkan kesan pisau pada tulang dan tulang rawan rusuknya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

“Antara kecederaan dialami adalah luka di tangan kerana cuba mempertahankan diri,” katanya

Dua minit dan 19 saat selepas komunikasi terakhir Guilherme, Xavier menghubungi kakaknya, yang juga tinggal di Croydon, dan memberitahu isterinya sudah meninggal dunia.



Kakaknya bersama suami bergegas ke flat didiami Xavier dan mendapati adiknya memegang pisau dan berlumuran darah dengan mangsa terbaring tidak bernyawa di atas lantai bilik tidur.

Mereka kemudian menghubungi perkhidmatan kecemasan dan Guilherme disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kerana cemburu sanggup tikam isteri 50 kali


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading