Kertas penyelarasan pencen ATM dibawa kepada PM

Kertas penyelarasan pencen ATM dibawa kepada PM

Kertas penyelarasan pencen ATM dibawa kepada PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) yang juga calon BN bagi DUN Rantau beramah mesra dengan orang ramai pada Program Santai Minum Petang Tokmat bersama Veteran ATM dan Pengundi sempena PRN di Rembau. – FOTO BERNAMA

REMBAU: Kementerian Pertahanan membawa kertas penyelarasan pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khusus bagi anggota yang bersara pada 2013 dan sebelumnya untuk perhatian Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia berikutan wujud kejanggalan dalam struktur pencen bagi golongan itu selepas penyelarasan gaji pada 2013.

“Ini menjadi isu kerana pada 2013, ada penyelarasan gaji dibuat tetapi pencen ATM tidak diselaraskan.



“Ia menjadi masalah dan punca kepada kegelisahan anggota tentera veteran yang berpencen pada 2013 dan sebelumnya.

“Kita harap penyelarasan pencen ini diberikan perhatian, anggota yang pencen selepas 2013 tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Selemak di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang




Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata pengundi menunjukkan maklum balas positif terhadap calon parti komponen itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

“Berdasarkan laporan diterima dan apa yang saya ligat sendiri, respons pengundi amat baik, jadi kita harap 12 Ogos ini ia akan dapat diterjemahkan.

“Jentera parti juga semakin bersemangat dan gerak kerja di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) amat teratur,” katanya.

Kertas penyelarasan pencen ATM dibawa kepada PM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading