Warga asing bayar RM50, lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan

Warga asing bayar RM50, lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan

Warga asing bayar RM50, lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah di Jalan Kampung Fajar, Ampang di sini, akhir Disember lalu.

Suspek berusia 32 tahun dan bekerja sebagai penjual akhbar ditahan di tepi Jalan Air Jernih, Setapak di sini, kira-kira jam 5.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian amang seksual ke atas mangsa didakwa berlaku pada akhir Disember lalu dan mangsa hanya tampil membuat laporan polis, baru-baru ini.



“Kejadian berlaku di rumah mangsa di Jalan Kampung Fajar, Ampang, kira-kira jam 7 pagi apabila suspek yang juga kenalan mangsa datang ke rumah mangsa pada hari kejadian.

“Suspek yang juga seorang penjual surat khabar dikatakan masuk ke bilik mangsa dan memegang kedua-dua lengan kanan dan kiri serta memeluknya.

“Selepas itu, mangsa diberikan wang RM50 sebagai ganjaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, pihak mahkamah membenarkan permohonan reman ke atas suspek selama tujuh hari bermula hari ini hingga 1 April.



Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana dengan sengaja melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau dengan sebat atau dengan kedua-duanya.

Warga Bangladesh didenda RM3,000 kerana rasuah anggota polis RM50



Warga asing bayar RM50, lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah DAP Sudah Berubah?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading