Hakim tidak boleh dilihat berat sebelah

Sequerah dedah pernah jadi rakan kongsi Jasmine Loo

Sequerah dedah pernah jadi rakan kongsi Jasmine Loo

Hakim Sequerah memaklumkan pernah menjadi rakan kongsi Jasmine Loo.
Hakim Sequerah memaklumkan pernah menjadi rakan kongsi Jasmine Loo.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, diberitahu, adalah munasabah untuk menganggap hakim yang mendengar kes rasuah dan pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), terbabit melantik bekas peguam syarikat pelaburan strategik itu, Jasmine Loo Ai Swan dalam firma guaman Zain & Co.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam hujahannya, berkata ia susulan pendedahan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes penyelewengan 1MDB dihadapi Datuk Seri Najib Razak, bahawa beliau dan Jasmine pernah menjadi rakan kongsi di firma guaman sama sebelum ini.

Muhammad Shafee berkata, begitu juga adalah munasabah bagi Najib untuk menganggap Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, memantau dan bekerja secara rapat dengan Jasmine dalam tempoh mereka berkhidmat bersama di firma terbabit.



Beliau berkata, ini kerana terdapat kemungkinan Sequerah terbabit dalam keputusan untuk melantik Jasmine sebagai seorang daripada rakan kongsi di firma guaman itu di mana terdapat perbincangan di kalangan semua rakan kongsi sebelum pelantikan berkenaan.

Oleh itu, katanya, Sequerah tidak boleh dilihat berat sebelah disebabkan hubungan kerja yang pernah ada sepanjang mereka berkhidmat bersama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Usaha pecahbelahkan Umno sebelum Najib dibebaskan




Jasmine yang menjadi rakan kongsi di Zain & Co daripada 2001 hingga 2008 mula menyertai 1MDB pada 2010 dan beliau yang juga sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low, ditahan polis pada 7 Julai lalu, bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat terbabit.

Muhammad Shafee yang berhujah dalam permohonan Najib supaya Sequerah menarik diri daripada mendengar kes 1MDB, berkata terdapat risiko hakim itu membuat penilaian lebih awal terhadap Jasmine kerana beliau (Sequerah) adalah rakan kongsi firma terbabit sebelum wanita itu menyertainya kemudian.

“Akibatnya, hakim yang mulia sudah membuat pra-penilaian terhadap Jasmine, yang mana antaranya tindakan itu boleh menghalang hakim daripada bertindak secara adil apabila mendengar keterangannya apabila dipanggil menjadi saksi,” katanya.

Pada 14 Ogos lalu, Najib memfailkan permohonan supaya Sequerah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB dan jika ia dibenarkan mahkamah, memohon keseluruhan perbicaraan dibatalkan dan beliau dibebaskan daripada semua pertuduhan.

Secara alternatif, Najib juga memohon pilihan kedua iaitu perbicaraan didengar semula oleh hakim Mahkamah Tinggi baharu, dan pilihan ketiga, supaya perbicaraan itu bersambung dan diteruskan oleh hakim baharu.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford


Dalam prosiding pada 26 Julai lalu, Sequerah berkata, beliau perlu mendedahkan bahawa Jasmine pernah menjadi rakan kongsi di firma Zain & Co ketika beliau menjadi peguam, 10 hingga 15 tahun lalu.

Isu itu dibangkitkan apabila Muhammad Shafee ingin mendapatkan pengesahan sama ada Jasmine akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.



Prosiding bersambung petang ini dengan mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Kamal Bahrin Omar.

Sequerah dedah pernah jadi rakan kongsi Jasmine Loo


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button