Tok Gajah tiada masalah atasi Harini FT

Tok Gajah tiada masalah atasi Harini FT

Tok Gajah tiada masalah atasi Harini FT
KPAH Sherman (kanan) menyumbangkan dua gol untuk pastikan kemenangan 2-0 Sri Pahang ke atas Harini Selangor FT pada aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. FB MFL

KUANTAN – Sri Pahang tidak berdepan masalah untuk memastikan kemaraan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Harini Selangor FT pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Kemenangan 5-2 secara agregat ini jelas menepati ramalan awal dan Tok Gajah dijadualkan menentang juara 2021, Kuala Lumpur City.

Terdahulu, walaupun tuan rumah dilihat lebih selesa mengawal permainan, Harini Selangor FT yang dibarisi beberapa bekas pemain Liga Super tampil agak positif untuk cuba beri tentangan.



Minit ke-17 Nor Azam Azih gagal melakukan percubaan lebih baik untuk meletakkan Sri Pahang di depan manakala minit ke-30 giliran Harini Selangor FT dipalit kecewa selepas Muhd Fikri Mohd Shah hanya melakukan sepakan lemah untuk memudahkan penjaga gol Tok Gajah, Izham Tarmizi melakukan halangan.

Sepakan gunting Kpah Sherman pada minit ke-43 akhirnya menghadirkan keceriaan buat penyokong tuan rumah untuk memastikan gol pembukaan perlawanan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?




Hanya enam minit selepas aksi bersambung, Sherman yang diberikan tanggungjawab besar terus membalas kepercayaan pengendali pasukan, Fandi Ahmad apabila menambah jaringan kedua Tok Gajah.

Harini Selangor FT pamer reaksi balas positif dan hampir mendapatkan jaringan pertama sebaliknya percubaan Khyril Muhymeen dari luar kotak penalti pada minit ke-53 hanya menggegar palang Sri Pahang.

Sekalipun berjaya menguasai permainan selepas itu, dua gol seakan sudah memadai buat tuan rumah untuk memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tok Gajah tiada masalah atasi Harini FT


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button