Korea Utara rancang pelancaran satelit baharu

Korea Utara rancang pelancaran satelit baharu

Korea Utara rancang pelancaran satelit baharu
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong Un. FOTO KCNA/ KNS / AFP

Tokyo: Kerajaan Jepun pada Selasa mendakwa Korea Utara bersedia untuk melancarkan satelit baharu pada 24 hingga 31 Ogos, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pyongyang pertama kali cuba melancarkan apa yang dipanggil sebagai satelit pengintip tentera ke orbit pada 31 Mei, tetapi percubaan itu gagal.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menganalisis rancangan Korea Utara.



Jepun merancang untuk bekerjasama dengan Washington dan Seoul bagi mendesak Pyongyang membatalkan hasrat itu.

Amerika Syarikat, Jepun, dan Korea Selatan mengutuk percubaan pelancaran pada Mei, dengan menuduh Pyongyang menggunakan teknologi berkaitan dengan program peluru berpandu balistik antara benua.

Berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Korea Utara dilarang menguji peluru berpandunya.

Bergantung kepada reka bentuknya, peluru berpandu seperti ini boleh dilengkapi dengan satu atau lebih kepala peledak nuklear.



Korea Utara rancang pelancaran satelit baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading