Lamborghini Lanzador Bakal Menjadi Kenderaan Elektrik Konsep Prestasi Tinggi Yang Pertama

Bagi mengikuti trend industri semasa, Lamborghini bakal ditukarkan kepada kenderaan elektrik (EV) dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, kereta bahan api fosil sepenuhnya keluaran mereka telahpun habis ditempah.

Lamborghini Lanzador bakal merupakan keluaran kenderaan EV konsep pertama mereka dengan presasi tinggi.

Lamborghini Lanzador Bakal Menjadi Kenderaan Elektrik Konsep Prestasi Tinggi Yang Pertama

Spesifikasi Lamborghini Lanzador

Lanzador sebenarnya tidak diklasifikasikan sebagai sebuah SUV walaupun kelihatan seperti SUV Urus yang dilancarkan pada tahun 2018.

Malah, ia adalah sebuah GT dengan konfigurasi 2+2 penumpang. Lanzador dilengkapi dwi-motor elektrik dengan output 1 MW atau sekitar 1300 kuasa kuda.

Bukan itu sahaja, setiap motor akan memberikan kuasa kepada tayar Lanzador yang menjadikannya sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Jika diperlihatkan dari segi rekaan dalaman, kenderaan EV ini mempunyai ruang untuk empat orang penumpang dengan selesa.

Lamborghini Lanzador Bakal Menjadi Kenderaan Elektrik Konsep Prestasi Tinggi Yang Pertama

Bukan tu jer, terdapat dua skrin di bahagian hadapan dimana satu untuk pemandu dan satu lagi untuk penumpang.

Keempat-empat penumpang ditempatkan dalam tempat duduk jenis bakul untuk memastikan mereka terasa seperti berada dalam sebuah kereta lumba.

Meskipun ia sudah beralih kepada platform EV, rekabentuk Lanzador mengekalkan elemen klasik Lamborghini seperti sauk udara yang besar di hadapan dan tubuh dengan sudut tajam yang membuatkannya tampak agresif.

Terdahulu, Lamborghini yang merupakan pengeluar kereta berkuasa tinggi telah bekerjasama dengan Secretlab untuk menghasilkan kerusi gaming.

Kredit: amanz

Lamborghini Lanzador Bakal Menjadi Kenderaan Elektrik Konsep Prestasi Tinggi Yang Pertama

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button