Realme 11 5G Bakal Masuki Pasaran Malaysia Pada 30 Ogos Ini

Realme 11 5G Bakal Masuki Pasaran Malaysia Pada 30 Ogos Ini

Realme 11 5G Bakal Masuki Pasaran Malaysia Pada 30 Ogos Ini
Realme 11 5G Bakal Masuki Pasaran Malaysia Pada 30 Ogos Ini

Peranti baharu Realme 11 5G bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Pelancaran ini dijadualkan bakal berlangsung pada 30 Ogos 2023 yang boleh ditonton secara dalam talian menerusi platform seperti Facebook, TikTok dan YouTube.

Realme 11 5G Bakal Masuki Pasaran Malaysia Pada 30 Ogos Ini



Malah, bersempena dengan ulang tahun kelimanya, mereka akan mengumumkan berita gembira.

Spesifikasi Realme 11 5G

Realme 11 5G ini dilengkapi skrin 6.7″ IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Tambahan, peranti ini juga mempunyai Cip MediaTek Dimensity 6100+ digunakan sebagai tunjang utama, di samping gabungan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Realme 11 5G Bakal Masuki Pasaran Malaysia Pada 30 Ogos Ini

 



Dalam pada itu, Realme 11 5G mempunyai bateri sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W.

Peranti Realme ini turut dilengkapi dengan kamera utama 108MP dengan kemampuan zum sehingga 3X yang kemudiannya diikuti pula 2MP untuk potrait.

Bukan itu sahaja, peranti ini turut dihadirkan dengan kamera hadapan puls sebesar 16MP yang diletakkan pada lubang kecil di bahagian tengah.

Terdahulu, Realme pernah melancarkan tablet Realme Pad Mini di Malaysia dengan harga serendah RM699 sahaja.



Kredit: amanz


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button