Dua kapal berlanggar di Terusan Suez
Dua kapal berlanggar di Terusan Suez
Kaherah: Sebuah kapal tangki BW Lesmes membawa muatan gas asli cecair berlanggar dengan kapal tangki minyak Burri di Terusan Suez, lapor Sputnik.
Perkhidmatan pengesanan Trafik Marin pada Selasa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu daripada saksi kejadian.
“Insiden dilaporkan membabitkan Burri, sebuah kapal tangki pulau Cayman dan kapal tangki LNG BW Lesmes,” kata perkhidmatan itu di X (Twitter).
Pengerusi dan Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Terusan Suez, Laksamana Ossama Rabiee berkata, pihaknya memerlukan beberapa jam untuk menyambung semula navigasi di Terusan Suez.
“Kami cuba menangani kerosakan yang dialami oleh kapal berkenaan secepat mungkin… dan navigasi akan kembali seperti biasa di kedua-dua arah dalam dalam tempoh beberapa jam lagi,” kata Rabiee dalam satu kenyataan.
Perlanggaran berlaku di 144 kilometer (89 batu) di terusan itu disebabkan oleh kerosakan teknikal kapal pengangkut LNG.
Kedua-dua kapal tangki berjaya ditunda dari laluan pelayaran.
Dua kapal berlanggar di Terusan Suez
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir akan gelabah di Mahkamah.
- Mahathir paling tidak layak sebut kerajaan “dwi standard”
- PAS ratah isi, BERSATU hanya dapat hirup kuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :