1,100 penduduk masih belum dapat dikesan

1,100 penduduk masih belum dapat dikesan

1,100 penduduk masih belum dapat dikesan
KESAN kemusnahan di bandar Lahaina, Hawaii, akibat kebakaran berkenaan. FOTO Reuters

Washington: Seramai 1,100 orang masih hilang dalam kebakaran hutan luar biasa yang melanda Pulau Maui di Hawaii, baru-baru ini, lapor Sputnik memetik pihak berkuasa.

“Antara 1,000 dan 1,100 individu masih tidak dapat dikesan, manakala lebih 1,400 lagi yang pada asalnya dilaporkan hilang ditemukan selamat,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan keluarga mangsa yang hilang untuk mengumpul sampel DNA bagi memudahkan proses pengecaman.



Sementara itu, pendakwa negeri Andrew Martin berkata, pihaknya akan memastikan bahawa pemberian sampel DNA itu hanya akan digunakan untuk tujuan pengecaman.

Pada Isnin, Datuk Bandar Maui County Richard Bissen berkata, sekurang-kurangnya 114 orang maut dan kira-kira 850 lagi hilang dalam kebakaran hutan itu.

Kebakaran itu berlaku akibat cuaca kering dan panas yang diburukkan lagi dengan angin kencang yang dicetuskan oleh Taufan Dora.

Beberapa penempatan, termasuk bandar pelancongan terkenal, Lahaina, musnah dalam kejadian itu.



1,100 penduduk masih belum dapat dikesan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading