Kejohanan Dunia: Tang Jie-Ee wei ke pusingan ketiga
Kejohanan Dunia: Tang Jie-Ee wei ke pusingan ketiga
KUALA LUMPUR – Beregu campuran kebangsaan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga pada Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Royal Arena, Copenhagen, Denmark.
Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung sebentar tadi, beregu No.17 dunia itu menyingkirkan pasangan Hong Kong, Lee Chun Hei-Ng Tsz Yau menerusi kemenangan straight set 21-19, 21-9 dalam tempoh 36 minit.
Walaupun dipaksa bekerja keras di set pertama menerusi tentangan sengit yang diberikan pasukan lawan, namun Tang Jie-Ee Wei tampil dengan aksi lebih kemas di set kedua sebelum menang mudah 21-9.
Untuk rekod, ia merupakan kemenangan kedua beregu negara ke atas Chun Hei-Tsz Yau selepas pertemuan sulung pada Terbuka Singapura Jun lalu turut memihak kepada Tang Jie-Ee Wei.
Keputusan itu bakal menyaksikan Tang Jie-Ee Wei akan berdepan pilihan ketujuh kejohanan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue yang menewaskan beregu England, Marcus Ellis-Lauren Smith 21-18, 21-13.
Mengiringi Tang Jie-Ee Wei ke pusingan ketiga esok adalah beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang akan membuat perhitungan dengan pilihan kelapan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.
Sementara itu, nasib berbeza dialami satu lagi beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila ditunjukkan jalan keluar selepas tewas 15-21, 18-21 kepada pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.
Kekalahan itu menyaksikan Kian Meng-Pei Jing gagal mengulangi pencapaian tahun lalu apabila mereka melangkah ke pusingan suku akhir sebelum tewas 9-21, 9-21 kepada juara dunia tiga kali dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong. – KOSMO! ONLINE
Kejohanan Dunia: Tang Jie-Ee wei ke pusingan ketiga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir akan gelabah di Mahkamah.
- Mahathir paling tidak layak sebut kerajaan “dwi standard”
- PAS ratah isi, BERSATU hanya dapat hirup kuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :